Jumaat, 11 Mei 2012

Kerabu Mangga

Salam.... dah hari Jumaat kan... kalo yg kerja opis tu, sure seronok kan..esok lusa dah boleh rehat2 kat rumah, tp kita yang kerja sendiri ni, tiap2 hari kena kerja 

Dan hari ini, mari jamah kerabu mangga plak. Baru jer buat. Best sbb dah lama tak makan kerabu mangga ni. 


Resipi turun temurun dari arwah ibunda tercinta. Kiranya ni kerabu mangga versi orang utara lah yer !! tempat lain mungkin berbeza kerabu mangganya.

Bahan-bahan
1 biji mangga muda - diparut dan rendam dalam air garam
bawang merah-dihiris halus
garam secukup rasa
2 sudu besar santan pekat (CK guna santan kotak KARA)

Bahan tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan
sedikit udang kering

Cara-cara
Mangga yang direndam tadi diperah hingga kering dan masukkan ke dalam bekas
Campurkan semua bahan yg ditumbuk, bawang yg dihiris dan santan pekat.
Sesuaikan rasa dan rasa lemak.
Siap !!



Pokok mangga belakang rumah dah kembali berbuah... so dah boleh plan macam2 kan... masak lemak daging salai + mangga muda, jus mangga, puding mangga, dll.... (waaa...mampu kah CK menunaikan semua itu??)

 Kerabu ni tak brapa pedas, sbb CK kurangkan cili padi. Kalo nk lebih menyengat, pandai2 la kan....



 So... ada yang ingin bertandang ke rumah CK hujung minggu ni? boleh kita menyicah mangga muda !! meh laaa...CK takde geng ni....

5 ulasan:

  1. sure sedap kerabu mangga nie..cantik pulak warnanya..ada lagikkk..kita nak dtg nie?hehehe..

    BalasPadam
  2. Wei Ck..geng makan takda hal aku lih tolong temankan..tapi standby air sirap sejug ah...baru layan time panas2 ni makan kerabu mangga..

    BalasPadam
  3. salam ck, tertelan air liur ni hah tengok kerabu mangga!

    BalasPadam
  4. assalam
    nak nak he he nak bertandang leh makan kerabu mangga yg mengamcam ni tambah
    syok ada pokok mangga belakang umah, leh petik2 je kan. kita duk intai je buah mangga org tanam kat tepi2 jalan tu, gerammm

    BalasPadam
  5. sedapnya.....suka kerabu...sekarang ni tengah musim mangga kat ipoh ni..rasa nak rembat jer berkilo2..hehhehe

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡