Salam Jumaat yang penuh barokah... Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini lagi.
Hari ni pepagi lagi CK dah sibuk masak2 untuk lauk tengahari. Kemudian diteruskan plak dengan projek karipap frozen. Dan karipap mini ni CK buat sebab ada lebihan doh. Lagipun anak2 tak brapa suka makan inti karipap biasa tu. Dah la besar, intinya plak diorang tak habis makan. So baiklah CK buat kecik-kecik gini dan letak inti serunding daging dalamnya.
Nampak kat gambar, besar jer karipap ni, tp tidak...piring tu pun kecik jer sebenarnya (zoom jer lebih...hehehe) ... saiz karipap ni muat2 jer untuk semulut. Tak perlu gigit dua tiga kali.
Dan... disebabkan CK dah malas/letih, maka terhasillah 10 bijik jer..... 3 bijik dah pun selamat dalam perut...tinggal la 7 biji utk di snap...hehehe....
Serunding daging mmg sentiasa ada stok dalam esbox, sbb suka makan dengan roti. Dan kali ini letak plak dalam karipap. Errmmm...sib baiklah si Rayyan suka makan (sbb tak brapa pedas kot). Lain kali boleh la buat serunding ikan plak...buat karipap sure laku kan...
Ok...sampai sini dulu. Nak meneruskan kerja dengan membuat inti kelapa. Ada customer request apam polkadot tp nak letak inti kelapa...errmm...sedap gak kan.. selalu letak inti kacang, blueberi...dah muak CK&anak2 makan...tp kali inti kelapa ni...sure diorang suka semula apam polkadot ni kan....
BYE !!!
pergh! kaalu pegi pasar siti khadijah, konfem beli karipap inti serunding ni. suke sangat2 makan. makan sampai 20 biji pun tak terasa lagi. tengok2 dah habis sebalang.
BalasPadamadessss! best ni :))
BalasPadamsuka karipap kecik ni..biasa klu time raya mmg wajib mama yana bt.. mkn sebalang pun xsedar hehee
BalasPadamasslm CK...sedap tu...nk simpan resepi ni utk buat kuih raya nti...hihi
BalasPadamsalam noorma...karipap inti serunding xpernah buat lg.OOO yg depa hidangkn time raya lam balang tu ker?Mmg sedap gak..
BalasPadamTahun lepas masa nk raya k.atie beli sepeket kat kompleks PKNS,shah alam...entah rasa cam xsedap jer.
Nk rasa zxblh masa tu sbb puasa :D
Hem..Rahel suka kulit karipap yang berbola-bola...sedap tu..
BalasPadamKaripap mini gitu.. Sekali ngap aje dah selesai, x yah risau tak habis Makan kan...
BalasPadam