Salam...
Selain dalca (kat bawah tu) ini salah satu lagi lauk yang suka di request oleh sesedara, sepupu sepapat, mahupun anak2 buah CK tiap kali diorang datang ke rumah. Kata diorang, masakan CK ni sama dengan masakan arwah mak CK. Kalo diorang rindu masakan tok/mak usu diorang, pastilah CK yang disuruh masak itu ini....
Ini namanya Kari Daging Nasi Kandar...kengkonon sesuai dimakan dengan nasi minyak/biryani ... kalo kat rumah CK ni, makan jer la dengan nasi putih.... tp respi ni, kalo kena dengan daging kambing lagilah ummphhhh !!!
hari ni mbek mbek takde yer...so guna daging lembu jer laaa....
Resipi Kari Daging Nasi Kandar
sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
1/2 kilo daging- dipotong dan direbus dulu...2 bj ubi kentang
2-3 sb serbuk kari daging
2 sb garam masala
2 sb sos tomato
5 sb santan
2 sb yogurt
1 bj tomato-dibelah 4
2 bj cili hijau-dikerat2
Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
Bahan tumis
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
sedikit jintan manis
daun kari
Bahan lain/taburan
2-3 tangkai daun ketumbar- dipotong
1/2 cawan bawang goreng
minyak sapi / minyak masak
Cara-cara
panaskan minyak masak + minyak sapi dan masuk bahan tumis. Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar. Kacau hingga sedikit garing dan masukkan serbuk kari bersama garam masala. Kacau lagi sampai pecah minyak (kalau agak pekat, boleh masukkan sedikit air)
Bila rempah dan masak, masukkan daging yang direbus, ubi kentang, dan sedikit air lagi. Masak sampai kuah pekat.
Bila kuah dah pekat, bolehlah dimasukkan santan dan yogurt. Tambah garam dan serbuk perasa. Boleh masukkan tomato, cili hijau, dan biar sekejap. Kacau rata dan sebelum ditutup api, bolehlah dimasukkan daun ketumbar dan bawang goreng. SIAP !!
Selain makan dengan nasi, boleh jugak dicicah dengan roti ataupun roti canai/capati
Masakan ni pekat2 sikit yer.... tak cair macam kari biasa tu....
Salam CK...
BalasPadamaduhhh..lapor perut ku tgk kari daging nasi kandar nie..x leh jadi nie..nnt lunch nak gi kedai mamak kat NSK..nak cari kat sana..hihihi..
salam hemmm sdpppp dpt utk bebuka ptg ni mmg cantik....dah habis x pelah :-(...cari dgg nak buat lah...godaan tu...
BalasPadamSedap ni ma makan dengan nasik panas-panas kan,
BalasPadamMa hari tu jem yang ma tolong belikan tu dr Bagus ke?
sedapnya..mkn dgn roti canai pun ok jgk nie:)
BalasPadamsedapnya..husben yana mst suka klu lauk nasi kandar nii..msk list dulu lah..nnt nk try jgk..tq Kak CK ^^
BalasPadam