Isnin, 16 April 2012

Ayam Masak Kicap Jawa

SALAM

Seminggu rumah ni direhatkan dari makan ayam..Kenapa? sbb Irfan alergik, badan luka2 sbb jangkitan virus. Sib baik dah pegi klinik dan doktor nasihatkan jauhi dulu ayam, udang dan telur..huhuhu...sedihnya...tiap kali tgk iklan KFC mulalah menitik air mata...hahaha...

Dan hari ni, dia dah mula sekolah (lepas seminggu dapat MC)... CK tengok lukanya pun dah baik, dan bolehlah masak ayam semula....bestnyer ?? sebenarnya mak diorang ni yang gila makan ayam...heheh.. minggu lepas membebel jer mulut CK marahkan Irfan.. kata CK, " ni semua ko punyer pasal, kebersihan tak nak jaga, badan kena kudis.. habis kitaorang sume takleh makan ayam dan telor..."


Selalu buat ayam masak kicap versi simple jer...tp kali ni kita cuba cara Jawa plak yer...

Bahan-bahan
1 ekor ayam (saiz sederhana)
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
10 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk kunyit
4 biji cili merah/hijau
1 ulas bawang besar
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk menumis:
6 sudu makan minyak
1 @ 2 kumtum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih

Cara-cara
- Ayam dipotong 16 bahagian dan dicuci.
- Digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng separuh masak.
- Bawang kecil, bawang besar dan halia dikisar dan ditumis berserta bahan penumis sehingga naik baunya.
- Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan ketumbar.
- Biarkan sedikit garing, masukkan kicap dan air asam jawa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng.
- Masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili merah/hijau yang dibelah empat.
- Kacau rata dan siap


Selain tu CK sempat gak la masak lauk sambal tempe ni....huish...jawa betul hari ni yer....hehehe


Dahhhh !!!!


♥♥

5 ulasan:

  1. aslmkm mek..nak makan nasiklauk ayam..ank2 aku mmg gemar ler masak kicap2 gini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak2 aku pun hantu ayam+kicap !! termasuk ler aku skali...hehehe

      Padam
  2. sini pon ada lauk ayam jugak..ayam kicap ada letak rempah2 nie mmg sedap wangi jer bau..mau bertambah makan..he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kat umah Ina lagi sedap...ayam panggang lagik...jom tukar nak?? hehe

      Padam
  3. kat rumah tu pun anak2 semua suka ayam... stok ayam jarang sgt putus.. hehe.. sebabkan kerap masak ayam kat rumah.. kalau lunch time kerja akak memang pilih ikan semedang.. hehehe...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡