Khamis, 29 September 2011

Puding Mangga Kak Sheila

Salam...

Panas kan hari ni..syukur alhamdulillah, semua jemuran kering..hehehe..dan di panas terik ni, meh sejukkan tekak dengan puding mangga ni. Memang syedap wooo... Aku letak nama tuannya sekali sbb puding ni mmg mendapat pujian ramai masa open house rumah kak Sheila tempoh hari.

Malah, my Jebat pun puji. Cukup lemak dan manis katanya.  Selalunya payah gak my Jebat nk makan beria-ia kat open house, apatahlagi kata sedap.  Tapi kali ni....ermmm...terkena penangan air tangan kak Sheila..kehkehkeh...Dan dia pun suruh aku buat..hehehe...

TQ akak, sbb sudi share respi puding mangga ni... errrr.... ingat lagi tak hiasan duit emas kat atas tu? hehehe


PUDING MANGGA
Resipi asal : Kak Sheila @ http://nshafea.blogspot.com/
Sumber: Cendanakasih

Bahannya:
1 kotak susu kotak Full Cream/low fat (1 liter)
1 peket serbuk aggar-agar
Sedikit perasa manggo (manggo emulco)
Sedikit pewarna kuning
Sedikit manggo essence - ni CK tambah
1 cawan gula - ikut kemanisan masing2
1/2 biji buah mangga ambik isinya dan potong dadu

Caranya:
Dalam periuk masukan susu , gula dan panaskan hingga gula larut
Masukan serbuk agar-gagar dan kacau sebati
Masukan perasa manggo dan pewarna kacau, bila agar2 dah mendidih matikan api
Sediakan acuan/bekas comel2 masukaan adunan ke dlm acuan , tabur isi mangga yg di potong dadu tadi
Sejukan dlm peti
Sedia dinikmati


Janganlah tenung saja, kalo teringin cepat pegi beli mangga..... hehehe..



Rabu, 28 September 2011

Tau Sa Piah

Salam semua.
Hari ni CK nk berkongsi dengan rakan semua satu kuih kegemaran CK sejak kecil hingga kini. Dulu CK tak tau apa nama kuih ni, main beli dan makan jer, tp skang baru la tau. Tau Sa Piah nama kuih ni. Tapi my Jebat panggil kuih doraemon, sbb rupanya bulat dan tak menarik langsung katanya..ermmmmm...


Kuih ni jugalah menjadi sarapan setiap pagi depan pc. Time boring pun CK makan kuih ni. Anak2 mmg tak berani usik tupperware depan pc ni sbb diorang tau mak diorang akan mengamuk kalo kuih dalam tu habis..hahaha...Selalunya CK buat kuih ni dalam dua adunan. So dapatlah banyak sikit dan boleh la simpan lama... 


OK lah..meh kita kongsi resipinya. Sudah 2 tahun CK dapat resipi ni dan membuatnya, tp belum sempat ambik gambar/buat entri, kuih ni dah pun habis... Resipi dari MYR. Terima kasih kepada Skyblue sbb sudi berkongsi respi kegemaran CK ni. Lebiu lah !!

Bahan-bahan ( 15 biji )
 * Doh A:
* 120g tepung gandum, diayak
* 60g shortening

* Doh B:
* 120g tepung gandum, diayak
* 30g gula icing
* 30g shortening
* 60ml air

* Inti:
* 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
* 3 sb minyak masak
* 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
* 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
* 1/2 sk garam
* 1 sk kulit oren yg telah dicincang

* Lain:
* 1 biji telur (untuk sapu)
* Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Sedap tauuu kuih ni. Hari2 CK makan kuih ni tanpa rasa jemu. So..sesiapa yang minat tu, bolehlah cuba.




Selasa, 27 September 2011

Kek Coklat Kukus Zaima

Salam...lama CK tak bersiaran. Sebenarnya CK tengah demam ni..dah 3 hari demam. Kalo demam sudah tentulah asma datang bersama. Semalam dah tak tahan, terus ke klinik, ambil nebuliser. Tp kat klinik panel tu plak mesin nebu dia rosak la plak. Kecoh nurse sana suruh ke klinik lain sbb tengok CK dah pucat

Dan skang ni, rasa ok sikit la. Bang Jebat beli ubat herba kat kedai cina plak..ermmm..macam2 kan.

Kek ni?? uittt...jangan tanya yer, sbb dah takde bayang ataupun secalit coklat pun..hehehe...Kek ni sebenarnya CK buat untuk majlis hari raya Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya sabtu lepas. Seronok dapat jumpa bekas2 pensyarah (kini ramai dah jadi Dr ) dan juga kawan2 lama



Kek Coklat Kukus Zaima

Bahan utama:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis

Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan campuran tepung:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Di ayak bersama.

Bahan telur:
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.Setelah itu,masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali,masukkan pula campurantepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul adunan sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya.Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang.Setelah kukusan sudah panas,bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.Setelah kek masak,keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.Apabila sudah sejuk,keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.

Menurut kata kawan2, diorang kata kek ni sedap..entah laa...CK sendiri pun tak rasa, insyaalah hujung minggu ni CK cuba buat lagi :)

Khamis, 22 September 2011

Dikala Malas, dikala Sibuk

Salam...minggu yang sibuk, sbb tu CK tak posting apa2 pasal memasak minggu ni. Sibuk dengan segala tempahan frozen food, coklat dan kuih muih. Paling banyak kuih-kuih frozen la. Hari-hari dok kupas kentang, lenyek keledek dan uli tepung. Sekali pandang rumah ni dah macam kilang. Dan CK plak start keje pukul 7 pagi habis 3 petang...kan dah macam shif pagi tu...hahaha...namun, Alhamdulillah... syukur dengan pemberianNya.


Ini aje lah yang mampu dimasak untuk keluarga. Nasi goreng, dan sup tulang. Dan bagi CK plak, bila dh start wat keje tu, makan minum dah tak heran. Paling penting kena siapkan tempahan pada masanya. Nasib baiklah suami dan anak2 pun faham.

Sabtu ni CK ada perjumpaan Hari Raya di UM, so tengah bercadang2 nk buat kek coklat dan cheese tart untuk kawan2.

Dan hari Ahad plak, CK ada jemputan lagi, kali ni di Putrajaya plak. Kawan masa sekolah dulu bertunang, skali ngan Majlis Hari Raya. Tapi pada hari tu jugak CK kena siapkan tempahan apam polkadot. Kawan CK akan datang ambik pada petangnya, skali datang beraya... ermmm...mcm mana ek?? ..masa oh masa !!!




Ahad, 18 September 2011

Bangkit Cheese - The Best !!

Salam... berjumpa lagi kita.

Semalam, rumah CK dikunjungi oleh seorang rakan yang baru sahaja CK kenal sejak 3 minggu sudah. Puan Noni namanya. Asalnya rakan CK ni menelefon untuk bertanya tentang biskut blueberi tart.

Dan dalam bulan shawal yang mulia ni, CK jemputlah dia ke rumah. Dan semalam (sabtu) barulah kami bersua muka. Noni datang bersama anak2nya yang cun melecun, hidung mancung macam DJ Dave (dah maknya pun lawa, tentulah hasilnya lawa...hehehe).. sori gambar tak sempat snap sbb sibuk menyembang.

Noni datang bersama buah tangan yang sedap dan meletops. Inilah dia... kuih Bangkit Cheese. Dia juga menerima tempahan biskut ni. Masa CK mula2 makan (depan Noni).. fuh..sedap la..tp taknk ler tunjuk gelojoh...hahaha...


Jebat CK pun mengakui kesedapan kuih ni. Ermmm..payah nk citer ler.. mmg sedap. Sekali makan, nak makan makan dan makan lagi. So CK pun carilah resipinya kat internet ni haa..dan jumpalah resipinya di blog Kak Nor secubit garam. Insyaalah nanti CK cuba, tp kena cari stok keju cheddar dulu la.. apapun, terima kasih (in advance) kepada Kak Nor dan Along Roz.

Bangkit Cheese

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega dan Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai dan terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.


Sapa yang malas nk buat, bolehlah menempah kat kawan CK ni haaa... opss..dia ni wanita berkerjaya, tp masih sempat ambik tempahan segala kek, biskut. Sudah la tu, sempat plak pegi kelas masak memasak...Huh....ada masa dan mmg hard spirit betullah si Noni ni

Terima kasih Noni sebab bagi buah tangan yang sedap kemain ni. Patutlah ribu riban masyuk hasil buat biskut ni..mmg sedap !!! dan insyaalah...lain kali kita jumpa lagi yer, tak puas sembang ngan Noni :)



Pasta Goreng Hijau

Salam

Hari ni barulah CK berkesempatan masukkan entri. Dan hari ni CK masak pasta untuk anak2. Kali ini CK guna pasta sayur bayam yang berwarna hijau (saja nk test, try, cuba..hehe)

Disebabkan warnanya hijau, bila dh dicelur tak brapa naik hijaunya, maka CK tambah ler sikit pewarna..hehehe...(memandai jer kan...)

Nk makan ngan sos speghetti rasa muak la plak. So CK cuba respi kak Ummi Kuantan ni. Ada la rasa pedas2 sikit. Macam biasa kalo masak pasta pasti CK letak crab stik. Dan sebelum menghidang CK gaulkan plak dengan sedikit mayonis, untuk rasa lebih lemak berkrim (uhh...tuan yang membuatnya terpaksa makan sikit jer, takut lorrrr)


TQ kak Ummi sbb sudi berkongsi resipi. Jangan marah saya guna pasta yer, mee lidi takde laaaa !!
(resipi ni CK copy paste dari blog kak Ummi)

Bahan:-
* 1 1/2 paket pasta
* 1 labu bawang besar - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 10 ekor udang basah
* 2 sudu besar kicap cair/masin
* 1 kiub pati ayam maggie
* 1/2 biji kobis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
* 2 biji cili hijau
* 6 biji cili padi hijau
* 4 tangkai daun sup
* 2 pokok daun bawang

Cara Memasak:-
1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan pasta dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
6. Akhir sekali, masukkan pasta yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.


Ok ... sampai sini dulu...dan SELAMAT BERHARI MINGGU !!!




Khamis, 15 September 2011

Talapia Kukus Taucu & Asam Boi

Salam
Malam tadi ada acara makan-makan kat rumah CK. Tujuan asalnya sebab kawan CK ni nk download movie, so dinner la skali. 
Takde yang special pun, sebab CK sibuk siapkan tempahan biskut, coklat dan frozen food. Ini jer yang sempat dimasak dan dihidangkan.

Ikan talapia ni CK buat kukus. Satu kukus taucu (atas permintaan Jebat) dan satu lagi CK buat kukus asam boi. Alhamdulillah, habis kawan2 makan. 

Untuk resipi talapia kukus taucu, boleh tengok kat sini yer
Dan untuk talapia kukus asam boi plak, tengok ler kat sini


Rojak Tauhu- untuk kawan2 yang ingin merasa lauk kegemaran CK. Haaa...amacam? ok tak? hehehe . Resipi di sini

Inilah dia lauk-lauk yang sempat/mampu CK masak untuk dijamu pada kengkawan yang datang. Selain ikan talapia kukus tu, ada jugak asam pedas daging dan sayur lemak labu. Ulam-ulam dan sambal belacan penambat selera pun ada. Air plak- air tembikai.
Kawan CK (cikgu Nafisah) plak bawak sambal tumis udang dan petai (dia teringatkan Farisya yang suka sangat makan petai, so dia masakkan...tq friend). Selain tu sempat gak dia beli buah-buahan kat pasar malam Bangsar sebagai pencuci mulut.


Ni sebelum acara makan2 bermula. Kredit pada cikgu Nafisah sbb sempat ambil gambar (pakai tab lagik.....)




Jumaat, 9 September 2011

Dah 45kg masih diet lagi ke??

Salam...

Aik?? CK diet lagi? hahaha... nk wat macam mana kan..memang la berat CK dah 45kg skang ni, tp tabiat makan tak boleh berubah, dah terbiasa agaknya. Nasi. kuih dan benda yang berkarbohidrat dan gula memang CK ambik dalam kuantiti yang sedikit (sekadar rasa jer)

Entri ni sebenarnya untuk menunaikan permintaan seorang rakan ttg diet seharian CK. Dan memandangkan CK takde entri menarik tentang masak memasak, maka CK tepeklah entri ni... (drpd bersawang jer blog takde entri, baiklah diletak sesuatu) Hahaha.. CK dah ada anak murid/pengikut nampaknyer...kehkehkeh !!!

Dan hari ni, macam biasa CK masak salad tauhu/rojak tauhu. CK ni hari2 makan tauhu. Dah terbiasa plak makan tauhu ni dengan sambal kicap. Kalau tak makan, rasa ketagih la plak.


Bahan-bahan
-2 keping tauhu -digoreng dan dipotong
-1 batang tauhu telur - dipotond dan digoreng
-sedikit timun-diracik
-sedikit taugeh- dicelur sekejap

Bahan sos
-3 biji cili padi (terpulang kepada kepedasan)
-1 ulas bawang putih kecil
-1 sudu besar kacang tanah tumbuk
-sedikit kicap
-bijan -untuk ditabur

Cara-cara
Mula-mula kita buat sos dulu. Tumbuk cili padi dengan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan gaul rata. Boleh tambah sedikit garam jika suka. (kalau agak kering, boleh tambah sedikit air masak)

Ok.. dh siap sos, masukkan tauhu dan tauhu telur yang digoreng dalam pinggan. Letakkan skali taugeh dan timun. Curahkan sos dan tabur kacang tanah dan bijan. Siap.... dan boleh dimakan.


Ermm... kicap jangan banyak jer sbb kicap ada gula,.. sekadar bagi warna hitam jer ok laaa....

Ok... selain salad tauhu ni, CK suka makan sayur rebus sawi Jepun. Sawi Jepun ni lebih manis dibandingkan dengan sawi biasa yang pahit. Cara memasaknya senang jer. Sawi dibersihkan dan dipotong. 
Dalam periuk, masukkan 1 cawan air bersama hirisan bawang merah. Tambah garam dan sedikit serbuk perasa. Biar air mendidih kemudian barulah masukkan sawi dan 4-5 ekor udang hidup.
Biar masak sekejap dan bolehlah ditutup api. SIAP


Ok..meh review menu seharian CK.
Bukan makan semua yer...CK pilih la salah satu

Sarapan pagi
- 1 biji telur setengah masak -makan dengan sedikit kicap cair&lada sulah
- 1 batang sosej dibakar/daging oblong dibakar
- air soya (tanpa gula)

Makan tengahari
-Salad tauhu/sup sayur
-Ikan bakar/ ikan kukus /
-Air kosong

Makan malam
-Ayam bakar /ikan bakar/sate
-Tomyam/Sup
-Air kosong

Untuk jajan dengan tv/pc, CK suka makan kacang pictachio atau badam. Buah2 pun boleh gak.

Ingat, jangan biar badan kita dalam keadaan 'mood lapar' kerana kalau kita lapar, badan kita akan lambat membakar kalori dalam badan. So kalau lapar, makan jer laa...tp janganlah ambik karbohidrat atau gula. Pop corn chicken sesuai untuk jajan time lapar.

Air kosong kena banyak minum yer... biasakan diri dengan minum air mineral/kosong. Janganlah ambik air manis sebab kalau kita ambik gula, badan akan lambat membakar kalori.
Semua minuman berkarbonat adalah tinggi gula. So jangan pandang apatahlagi nk jeling2 manja pada minuman berkarbonat. Katakan tidak pada air tin sebagaimana kita menci lemak2 dalam badan...hahahaaaaaa.....
Selain tu jangan lupa ambik vitamin tambahan. Macam CK ni dah memang ambil Strath dari dulu lagi. So takde masalah ler..







Rabu, 7 September 2011

Kek Alunan Kasih

Salam..
Hari ni badan rasa segar sikit, dan kerja di rumah pun tak banyak (my Jebat tak balik lunch, so boleh gantung kuali...hehehe) 
Dah lama tak membaking, so hari ni start balik la. Pagi tadi, bila bukak jer blog, nampak kak Wan dok tayang kek alunan kasih ni. Teringin la plak ( tingin nk buat jer, bukan nk makan) Lagipun dh lama anak2 tak makan kek, so bolehlah buat minum petang skali.



KEK ALUNAN KASIH
Sumber : Pn. Mastura Yasak
sumber : Citarasawan, Hasue, MYR

Bahan:
5 Biji Telur
250 gm butter
2 ½ cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu kecil baking powder
1 cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna yg disukai
*penapis teh (utk ayak serbuk koko)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula smpai kembang...Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
2. Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
3. Bahagikan mengikut bahagian yang disukai. (CK buat 3 warna)
4. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan hijau..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
5. Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
6. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
7. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips:
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.



Hasilnya takde la secantik kak Wan, Hasue dan kawan2 lain buat.  CK mmg takde talent nk buat kek mcam kat bakery tuh, apalagi nk mendeco. Tangan ni boleh buat karipap dan frozen food jer...huhuhuuu....Tapi boleh laa... utk anak2 kan... bukan utk jamu kat orang lain...hehehe....




Isnin, 5 September 2011

Fried Carrot Cake ( Fried Lobak)

Salam..

Dah seminggu kita berhari raya, sure dh kenyang kan..hehehe... CK pun baru jer balik dari holiday.... dah hari ni mulakan balik rutin memasak.

Hari ni CK mencuba resipi baru, Fried Lor Bak/ Fried Carrot Cake. Ni makanan orang cina, selalu jual kat pasar2 malam cina. CK nampak resipi ni kat blog Liza Hanum, terus CK ambik resipi dan cuba... hasilnya...ermmm...sedap !!!



SUMBER RESIPI : Bro Rozzan dan Mat Gebu

Bahan Utama :(CK buat separuh adunan)
5 camca besar minyak masak
1 camca besar cincangan bawang putih
200 g parutan lobak putih

Bahan Perasa (disatukan) :
600 ml air
1 camca besar gula
1/2 camca besar garam
1 camca besar serbuk lada sulah

Bahan Pemekat (dibancuh) :
350 g tepung beras
25 g tepung ubi
500 ml air

Bahan Sambal :
20 tangkai cili kering, potong kecil*
3 biji bawang besar*
2 camca besar ikan bilis*
2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :
2 - 3 biji telur
1 camca besar bawang putih
2 camca besar chye poh (lobak masin ), potong kecil2
Sedikit kicap manis
Sedikit sweet sauce
Hirisan daun bawang/daun sup/cili
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1.UNTUK CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, masak sekejap. Tambah bahan perasa dan kacau. Masukkan bahan pemekat dan masak sambil terus mengacau hingga adunan pekat. Tuang dalam loyang ( 8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega, ratakan dan kukus 30 minit atau hingga masak. Sejukkan betul2 sebelum dipotong kecil.

2.BAHAN SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, tambah sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

3.PENYEDIAAN FRIED CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 camca besar bawang putih dan masukkan chye poo. Masukkan 200 - 300 g carrot cake yang telah didadu tadi bersama 2 - 3 camca besar sambal dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dalam kuali yang sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan sweet sauce dan sedikit kicap manis, kacau lagi hingga rata. Rasa jika ok boleh diangkat. Tabur dgn hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan hirisan cili kalau suka.


Kiranya kan... Fried Lobak ni macam kuih talam berlauk orang melayu lah...tp caranya lain sikit, digoreng macam mee gitu...ermm...entah laaa... Jebat CK tak makan pun, sekadar rasa jer (nk amik ati CK jer..)



Inginkan cuba sesuatu yang baru. Meh la masak fried carrot cake !!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...