Rabu, 14 Disember 2011

Kek Marble

Salam... minum petang hari ini, CK jamu kek plak. Dah lama tak buat kek kosong cenggini. Yelah, asyik letak buttercream pun muak gak kan.


Kek Marble
sumber: Cendanakasih

Bahan-Bahan
• 80gm mentega (dicairkan)
• 200 g gula halus
• 190gm telur (pecahkan dalam mangkuk dan timbang)
• 250 gm tepung kek*
• 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
• 75ml susu cair
• 1 sudu kecil ovalet
• pewarna yang disuka
• 1 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

1. Pukul gula dan telur sampai kembang. Kemudian masukkan ovalet, pukul lagi
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
3.Bahagi adunan mengikut warna yang dikehendaki. CK buat 3 warna
4.Satu bahagian dicampurkan serbuk koko dan digaul rata.
5.Tuang adunan dalam tin yang dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 minit
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya dan boleh dipotong dan dihidangkan.


*** Kek ni gebu dan lembut. Sesuai dibuat kek untuk birthday dan lain2. CK dapat resipi dari Bake With Yen.


Petang ni ujan la plak. Hajat hati nk bawa anak2 ke Taman Bukit Jalil, main-main kat playground. Tapiiii..... ermmm...dok dalam rumah jer laaa... (sambil makan kek dengan teh o panas )


10 ulasan:

  1. Noorma,
    akak sampai dulu nak jamu sama sama.mesti gebu dan lembut kek nie..lapar pulak.akak buat roti salut ajer ptg nie..sedap kan makan panas2

    BalasPadam
  2. Hey..salam kenal dari melly..
    cantik cake nya ,tentu sedap rasanya.. ;)

    BalasPadam
  3. salam noorma...kek kosong cmni mmg best kan, xde la muak sgt nk mkn....hihiih

    BalasPadam
  4. menarik betul tone warna kek marble ni..
    cicah air kopi sedapnya...

    BalasPadam
  5. salam noorma..dah lama xmengekek,malas nk kuarkn oben :D

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Tersinggah kat sini disebabkan tarikan kek marble yang cantik nun

    BalasPadam
  7. Salam CK..gebu jer kek tu..masuk list dulu..

    BalasPadam
  8. rasa lama dah tak buat kek. kek kosong mcm ni mmg sedap. tak muak.

    BalasPadam
  9. Best beb kosong2 camni...aku nak try ler...copy resipi ekk..hee

    BalasPadam
  10. CK...nak sikit kek marble...tak pun tapaukan tuk akak bawak balik...ada lagi kan kan...:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡