Khamis, 29 Disember 2011

Apam 101 Dalmation ... hehehe

Salam....

Akhirnya, setelah seharian kat dapur, siap jugak apam ni.. Along bagi nama 101 Dalmation (sempena citer katun tu...)...

Ni order dari jiran CK, untuk majlis akikah anaknya. Dia tak tau nk pilih warna apa untuk tema majlis tu, last2 pilih tema hitam dan putih. So apamnya pun dipilih warna putih dan dot-dot hitam. Tapi paper cup nyer dia mintak warna hitam lah.

Apam inti stoeri dan blueberi



Ni plak apam utk cikgu di sekolah sri serdang. Nk jamu kengkawan esok. Inti kacang merah. Ada 4 warna, merah, ungu, hijau dan biru. 


TQ untuk semua !!! harap berpuas hati


p/s : CK bercuti lagi minggu ni. Akhirnya...dah last2 baru dapat balik Melaka....uuuuu...bestnyer !!!

Isnin, 26 Disember 2011

Laksam

Salam..
Hari ini bersarapan dengan laksam. Uuuu...paberet ai ni.. setiap minggu wajib beli kat pasar malam (hari khamis, pasar malam LP)..laksamnya sedap, kuah isi ikannya pekat. Pedas dan ermmm...takleh ni discribe la... mmg sedap.

Tapi disebabkan minggu lepas ujan dan CK pun kena demam campak, so tak dapat la nk pegi beli. Sure adik tu tertunggu2 CK kan. Hehehe... dan...bila dah teringin sangat, terpaksa la buat sendiri.


Resipi ni CK dapat dari blog Ita Jepun (juwitafariz) CK copy dari sana jer..Thanks Ita..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam

bahan kuah:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam
* timun,kacang panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara
1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah, dan lada hitam(ita ambil segenggam kaun kesum dan kisar sekali). Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau



kat rumah ni hanya CK ngan Along jer suka makan laksam ni. Jebat tak masuk book. Kiranya adalah juga member nk makan. So takdelah CK sorang jer yang mengadap laksam ni kan. Nk bagi kat jiran, sure jiran2 tak biasa makan laksam ni. Kalo laksa tu mmg diorang suka laaaa..

Sori laaa...ini jer la gambar yang mampu/terdaya di snap. Dah tak sabo nk makan...hehehe....

Sabtu, 24 Disember 2011

Muffin Pisang CK

Salam... ujan pagi ni kan !!

Terlebih dahulu, CK minta maaf sebab dah lama tak update blog. Bukan sahaja sibuk dengan tempahan, malah sibuk menjaga kesemua anak2 yang kena demam campak. Dan..kini CK sendiri pun dah kena...adoiii...gatal sume badan...

Dan untuk pagi ni, CK dah tak tau nk buat breakfast apa untuk budak2 tu. Tengok dalam esbox ada pisang. Ermm...jalan jer la projek muffin pisang ni.


Selalunya kalo CK buat muffin, teksturnya tak brapa lembut (nama pun mapin kan, bukannya kek) ....dan anak2 pun tak suka. Tapi kali ni, respi mapin diubahsuai sikit. Meh tengok resipinya.

Muffin Pisang CK
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan (dapat 8 biji)

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula (CK letak tak sampai ½ pun )
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek (CK guna 3 biji pisang berangan)
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D
Coklat rice- untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

Keratan rentas mapin...hehehe...dalamnya lembut. Anak2 makan panas2...luarnya garing


Meh ambik sorang satu yer !! hehehe.... panas lagi ni... (lepas masak, terus jer masuk entri ni)


Rabu, 14 Disember 2011

Kek Marble

Salam... minum petang hari ini, CK jamu kek plak. Dah lama tak buat kek kosong cenggini. Yelah, asyik letak buttercream pun muak gak kan.


Kek Marble
sumber: Cendanakasih

Bahan-Bahan
• 80gm mentega (dicairkan)
• 200 g gula halus
• 190gm telur (pecahkan dalam mangkuk dan timbang)
• 250 gm tepung kek*
• 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
• 75ml susu cair
• 1 sudu kecil ovalet
• pewarna yang disuka
• 1 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

1. Pukul gula dan telur sampai kembang. Kemudian masukkan ovalet, pukul lagi
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
3.Bahagi adunan mengikut warna yang dikehendaki. CK buat 3 warna
4.Satu bahagian dicampurkan serbuk koko dan digaul rata.
5.Tuang adunan dalam tin yang dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 minit
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya dan boleh dipotong dan dihidangkan.


*** Kek ni gebu dan lembut. Sesuai dibuat kek untuk birthday dan lain2. CK dapat resipi dari Bake With Yen.


Petang ni ujan la plak. Hajat hati nk bawa anak2 ke Taman Bukit Jalil, main-main kat playground. Tapiiii..... ermmm...dok dalam rumah jer laaa... (sambil makan kek dengan teh o panas )


Selasa, 13 Disember 2011

Mee Kolok

Salam... mood yang malas setelah 3 hari bercuti..hehehe...tak pegi mana pun, sekadar buat persiapan persekolahan anak-anak.

Tak pernah lagi makan mee kolok ni. Dan bila Kak Zu (peserta Masterchef) buat mee kolok, teringin plak nk cuba. Lagipun stok daging banyak, bolehlah buat.



MI KOLOK

Bahan-bahan:
200gm mi kolok - dicelur dan ditos
100gm daging - direbus dan dihiris
100gm isi ayam - dicarik halus
50ml kicap cair,
kicap pekat- secukupnya
50ml minyak masak
30gm tauge - dicelur
1 tangkai daun sup - dihiris
Bawang goreng secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:
1. Campurkan minyak masak, kicap cair, kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian gaul rata bersama mi kolok.
3. Setelah itu, masukkan hirisan daging, isi ayam, tauge, daun sup dan bawang goreng.
4. Sedia untuk dinikmati.



Si Rayyan suka plak makan mee kolok ni. Dan CK suka makan ngan cili kicap tu. Tambah plak dengan fishball...ermmm..Pedas2 menyengat.. hehe

Jumaat, 9 Disember 2011

Eggless Yogurt Chocolate Cake

Salam Jumaat.... dh banyak hari tak update blog sbb CK takde masak yang special pun. Minggu ni my Jebat ada kelas, so mmg tak balik makan tengahari...dan CK pun gantung periuk la (bukan tak makan/masak, tapi masak simple2 jer laaa...)

Dan...tambah tragis lagi bila anak lelaki kedua CK ( si Irfan ) kena demam campak. Alahai...lagi la parah. Nk masak apa yang boleh? Makan mende2 rebus jer laa...goreng2 takleh langsung.

Hari ni biji2 campak tu dah kering. So bolehlah buatkan kek kegemaran dia ni...tanpa telur tawww !!!


Terima kasih wat cek mek Anna yang sudi berkongsi respi. Waaa.. makin kencang bisnes makcik tu. Semoga terus maju dan takdelah orang nk khianat nk spedo bisnes dia plak ( ayat klise).. hahaha...sapa makan cili terasalah pedasnyer !!

EGGLESS YOGURT CHOC.CAKE
Sumber : Anna Qawina, Homecreation & Hanamemories

Bahan-bahan
•60ml air panas
•50g susu tepung
•1 tbs Nescafe / Instant Coffee
•1/2 cawan minyak masak
•100g gula
•1 tsp esen vanila
•1 cawan yogurt
•125g tepung gandum*
•40g serbuk koko
•1 tsp baking powder*
•1/2 tsp baking soda
•secubit garam* (* campurkan dan ayak)

Cara-cara
•Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
•Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
•Masukkan yogurt dan kacau sebati.
•Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
•Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180. Aku kukus 40 minit

Topping
•1/2 cawan serbuk koko
•1/2 cawan susu pekat
•1 sdb minyak masak

**Panaskan semua bahan api perlahan hingga pekat, selalu kacau yer.. tuangkan atas kek.




Sedap kek ni..lembut dan moist jer... (jimat telur ayam aku) hahaha....Telur dan mahal skang ni berikutan musim banjir. So...marilah kita pelbagaikan respi tanpa telur... hehe

Ahad, 4 Disember 2011

Roti Jala & Pengat Durian

Salam buat semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi singgah.

Yuhuuuu...musim durian datang lagi. Bestnya... dan kali ni CK borong durian banyak-banyak untuk simpan pes durian. Harap2 cukup untuk musim durian akan datang...wakahkahkah (CK ni hantu doyan tawww)

Macam biasa, kalo ada durian mesti buat pengat. Dan hari ni tak rajin plak nk buat pulut, so makan jer la dengan roti jala frozen (fuh...sib baik ada sebungkus lagi roti jala frozen)... jadi laa... kalau tak cukup, boleh cicah ngan roti putih.


Kalau buat pengat durian, macam biasa CK suka letak gula merah sikit, untuk bagi warna sikit pada kuahnya. Tapi kalau sebelah perak, kuah duriannya warna putih saja kerana tak diletakkan gula melaka.

Resipi kuah durian
-isi durian
-gula melaka
-gula putih
-santan
-secubit garam
-daun pandan-disiat dan simpul

Masukkan semua bahan dalam periuk dan renihkan agar isi durian sebati bahan2 lain. Siap.



Pagi-pagi makan pengat, so... sendiri mau ingat !!   hahahaha

Jumaat, 2 Disember 2011

Murtabak Daging

Salam..

Hujan lebat di Bukit Jalil. Sejukkkk....dapat la sekejap CK lelap mata (dlm 10 minit kot), dan bangun jer tido..alamak, lapar laaa... apa nk buat utk dikunyah petang ni yer??

Tengok esbox, ada instant paratha. Errm... sure tak dapat pegi pasar malam hari ni, so kita buat murtabak sendiri lah kat rumah :)



Bahan-bahan
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit
ajinomoto
2 keping instant paratha
2 biji telur

cara-cara
-bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. -goreng sehingga pecah minyak.
-kemudian masukkan daging cincang.
-apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu, masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air.
-masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
-pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
-ambil kulit paratha dan leperkan menjadi nipis.Kemudian bungkus inti murtabak menjadi segiempat.
-goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. Nk lagi sedap, goreng dengan minyak sapi.

Wuhuuuu... meh kita makan murtabak dikala hujan lebat. Syok !!




Khamis, 1 Disember 2011

Kek Batik Coklat

Salam... hari ini barulah terlaksana impian nk makan kek batik sekut marie ni. Dah beli biskut lama dah, tapi tak sempat nk buat, hinggalah nampak kak Inahar tayang beberapa hari lepas.


Resipi diambil dari rumah kak Inahar Ali. TQ akak. Saya share kat blog saya ni plak yer..

Kek Batik Coklat

Bahan-bahan ( 1 kg )
* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya
* 1/2 cawan nestum (ni CK tambah)
* kelapa parut (utk salut atas kek - ni pun CK tambah)

Cara-cara
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko dan nestum.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis. Tabur kelapa parut
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...



CK suka rasa lemak2 kelapa dan manis2 coklat... ermmm...tak berhenti mengunyah !!!!