Khamis, 24 November 2011

Fruit Chocolate Cake.... Hepi Birthday My Hubby !!

Salam...bersua lagi..

Entri tertangguh... kejadian berlaku 2 hari lepas yer...so kek ni dh habis lah yer....jangan tanya lagi...

Walaupun sibuk dengan segala tempahan kuih frozen, apam dan cis tat, CK sempatkan jugak untuk buat kek coklat ni untuk sambut birthday bang Jebat pada 22 November lalu (selasa lepas)

Keknya biasa jer, kek coklat moist jer...dan dihiasi dengan buah2... lebih senang, dan tak payah pening kepala nk deco2. (asalnyer beli buah2 tu CK teringin nk makan fruit tart...tp apakan daya...masa takde...huhuh...sampai skang ni masih tak terbuat lagi...)


Resipi kek Choc Moist CK
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan buttercup- dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B (diayak 3 kali)
1 1/4 cawan tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila

Caranya:
-Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
-Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian baru masukkan pula kuning telur. Pukul lagi dan tambah esen vanila dan ovelet.
-Campuran bahan A yang dimasak tadi dan digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau
-Biar semuanya bergaul sebati. Masukkan ke dalam loyang
-Kukus selama 1 jam.(boleh juga dibakar)
-Biar kek sejuk dan barulah boleh deco





Kami sambut anak beranak kat rumah jer... asal mmg nk makan2 kat luar, tp disebabkan tempahan tengah menimbun, so terpaksa tangguhkan dulu rancangan. Hadiah untuk birthday boy (dah tua laaa...) ni pun CK tak beli lagi. Hajat hati nk belikan Samsung Galaksi Tab. Tapi tengok lah mcm mana yer.... (sarung Galaksi Tab boleh tak?hahahah)





8 ulasan:

  1. salam NOOrma .apa kabar?lama xsinggah di sini.Alhamdllh,rezeki sentiasa ada buat noorma & kluarga yer.
    Happy Balated Birthday tuk HB noorma juga.

    BalasPadam
  2. wah cantiknya kek...happy belated birthday buat suami akak yer. semoga dirahmati Allah selalu:)

    BalasPadam
  3. salam noorma..hepi belated besday wat mr hubby ye! moga sentiasa diberi kesihatan yg baik serta dirahmati selalu oleh Nya..amin!

    BalasPadam
  4. hbirthday utk laki ko...wah untung dia birthdy dpt galaxy lagi...tapi aku riso tuan tanah rampas kuasa..akhirnya tab tu akan beralih tuan...nama tuannya Cendana Kasih...ha2....

    BalasPadam
  5. happy belated birthday utk hubby akak...moga sihat dan gembira selalu

    BalasPadam
  6. Happy belated birthday untuk suami... semoga ceria selalu..

    BalasPadam
  7. haah ko bg je sarung dulu..nanti kalau dia tanya galaxynya mana, ko cakap la..tengok lama2 sarung tu kot-kot ada la muncul galaxynya nanti:)happy birthday, semoga murah rezeki dan cemerlang dlm exam

    BalasPadam
  8. amboi kak! meriahnya...kaler2 gitu deco kek...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡