Salam... pernah makan kuih keladi.. errrr... bukan talam keladi yang manis tu yer...tp ni talam keladi versi pedas. CK dapat respi ni kat MYR, sumbangan cik mek Skyblue tu. Sedap tau kuih ni..
Minggu lepas CK beli keladi (kebetulan murah, sekilo rm4.50) cadangnya nk buat kek keladi, tp disebabkan order apam polkadot mencurah2, so hasrat menge"kek" terpaksa dilupakan. So..cari2 respi berasaskan keladi, terjumpalah kuih ni.
My Jebat memang tak makan sebarang mende berasaskan keladi, so CK sorang jer lah yang makan. Untuk memeriahkan suasana, bagi sikit untuk cikgu Wati.
Sedap kuih ni. Thanks Diana !!
Bahan-bahan
* Bahan-bahan untuk bancuhan:
* 170g tepung beras
* 40g tepung ubi (tapioca)
* 500ml air
* 1 sk garam
* 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
* 1/2 sk serbuk stok ayam
* Bahan-bahan lain:
* 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
* 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
* 5 biji bawang kecil, dimayang
* 2 sb minyak masak
* 1 biji cili merah (optional)
* Daun sup / ketumbar (optional)
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.9. Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.
Jom minum petang !!
Salam CK...anak2 liza pun xpandang kuih2 cmni...huhhh eksen betul...hihihi
BalasPadamCK...
BalasPadamSedapnya...tetiba teringin la pulak...:D
as-salam
BalasPadamnpk sedap kuih ni ..selalu beli aje kalau nak mkn kuih macam ni..
as'salam CK akk mmg suka kuih ni dari dulu lagi time zmn kerja dulu selalu beli juga....x silap org cina mkn same sos kicap kan....ada juga perasan kat pasar tani kelana jaya ada jual ...rasanya elok buat lagi puas...
BalasPadamala...CK dah sebut pasal kek keladi ni dah terbayang2 dah rupe kek keladi...ntah bila la nak pandai buat kek tu
BalasPadamHi CK, kalau cecah dengan sambal pun sedap.
BalasPadam