Rabu, 7 September 2011

Kek Alunan Kasih

Salam..
Hari ni badan rasa segar sikit, dan kerja di rumah pun tak banyak (my Jebat tak balik lunch, so boleh gantung kuali...hehehe) 
Dah lama tak membaking, so hari ni start balik la. Pagi tadi, bila bukak jer blog, nampak kak Wan dok tayang kek alunan kasih ni. Teringin la plak ( tingin nk buat jer, bukan nk makan) Lagipun dh lama anak2 tak makan kek, so bolehlah buat minum petang skali.



KEK ALUNAN KASIH
Sumber : Pn. Mastura Yasak
sumber : Citarasawan, Hasue, MYR

Bahan:
5 Biji Telur
250 gm butter
2 ½ cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu kecil baking powder
1 cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna yg disukai
*penapis teh (utk ayak serbuk koko)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula smpai kembang...Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
2. Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
3. Bahagikan mengikut bahagian yang disukai. (CK buat 3 warna)
4. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan hijau..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
5. Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
6. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
7. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips:
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.



Hasilnya takde la secantik kak Wan, Hasue dan kawan2 lain buat.  CK mmg takde talent nk buat kek mcam kat bakery tuh, apalagi nk mendeco. Tangan ni boleh buat karipap dan frozen food jer...huhuhuuu....Tapi boleh laa... utk anak2 kan... bukan utk jamu kat orang lain...hehehe....




5 ulasan:

  1. Sedap nyer nampak kak. nak try lah mcm ni. Nyum Nyum

    BalasPadam
  2. SEdapnya kek... terlioq la pulak... boleh buat jamuan rumah terbuka nanti...
    Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  3. smlm kek pedas,hr ni kek manis plak..sedap, cantik cuma sy tak tahan bila mengayak koko tu asyik nak bersin je...tp bila mkn x plk bersin pun :))

    BalasPadam
  4. dah cukup beralun pon kek tu...cantik je kejadiannya...nak buat jugak...tp belom cukup bahan lagi...

    BalasPadam
  5. Sedapnyer.....Bahan2 pun mudah nampak...Nak cuba juge ler...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡