Selasa, 21 Jun 2011

Talam Suji

Salam...jumpa lagi kita.. hari ni CK rajin sikit sbb tengahari tak payah masak beria2, sekadar masak lauk2 ringkas jer. My Jebat tak balik untuk lunch. Jadi ada masa untuk buat kuih, layan internet, FB, diet..hehehe....

Sebenarnya CK dh lama beli tepung suji ni, tp tak tau nk buat apa. Tujuan utama beli hari tu sbb nk buat samosa. Lepas tu tak guna dah..cian kat tepung tu, merayu2 mintak dimasak


Resipi dari chef Hanieliza. TQ

Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


Ada sesiapa yang teringin??

***gambar tak brapa clear sbb pakai Lumix.


13 ulasan:

  1. Salam Ck
    kuih ni mmf fv akk...x pernah buat pun...suka mkn sagat...leh tempah tak seloyang....

    BalasPadam
  2. sedapnye..saya teringin nak buat kuih muih jenis talam ni..tp vitamin R dlm badan ni tak ckp lagi hihih

    BalasPadam
  3. salam...nampak sedapp.bleh try ni.

    BalasPadam
  4. sedap.....kita tak berapa reti nak buat, beli je kalau teringin...tp nak belajar buat gak.

    BalasPadam
  5. akak..nak sepotong..
    sedapnya tengok..

    BalasPadam
  6. Kak Sheila- nk tempah? alahai...boleh, boleh ler sesangat..satu loyang beso saya caj seringgit? boleh ? hehehe....

    Cikadakbiru- saya pun bukannya rajin sangat, tp hari ni ada banyak masa, so bolehlah cuba...

    noorsafone- yup,mesti cuba..sedap ni..

    Amie- senang jugak nk buat kuih ni, kacau-kacau dan kukus..saya guna santan kotak, lagi cepat

    Mas- aik? sepotong jer? cukup ker? sedap taw kuih ni...rugi kalo amik sepotong jer...hehehe

    BalasPadam
  7. Along nak, Along nak (angkat tangan ni). Tadi Noorma dah tanya kan, so jangan kata takda pulak.....

    BalasPadam
  8. Noorma.. Cantik kuih ni.. Rajin menalam...

    BalasPadam
  9. noormaaaa akak nak dah lamaaaa tak buat akak sejak makan talam suji ni terus jatuh chenta

    BalasPadam
  10. salam norma,dah lama akak beli tepung suji tapi tak buat2 lagi..jgn expired sudah lah kan?..
    cantik betul talam norma ni.:)

    BalasPadam
  11. bestnya....nk ckit leh?hehe ;)

    BalasPadam
  12. ermm...yummy!! memang sedap talam suji ni kan...akak dh buat resipi chef asma...sedappp

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum akak...
    wah cantiknya kuih tu akak... x perna makan lagi talam suji nie... nmpk sedap..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡