Rabu, 22 Jun 2011

Kek Pisang Daisy

Selamat Petang. Dah minum? Masak kuih apa?

Ni hidangan minum petang kami sekeluarga. Kebelakangan ni CK rajin sikit, so adalah kuih muih sebagai kudapan. Semalam CK dah beli pisang berangan yang masak ranum. Balik jer rumah terus buat cekodok (teringin benar nk makan) dan hari ini projek kek pisang plak.


 Kek ini lembut dan gebu. CK dan ubahsuai daripada beberapa resipi kek pisang yang ada dan ia menepati selera kami sekeluarga. Lembut sebab menggunakan minyak jagung Daisy. Jebat pun kata sedap. Anak2 dh plan nk bawak bekal ke sekolah.

Tapi kalo korang tak nak guna minyak jagung pun takpe. Boleh ganti dengan butter yang dicairkan ataupun minyak masak biasa...


Kek Pisang Daisy
Sumber: cendanakasih

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur


Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)




Ok... sapa nk rasa? meh amik seketui sorang. Ada banyak tu. Kalau masih tak puas makan, sudikanlah mencuba respi ni yer !!



7 ulasan:

  1. sedapnya tgk kek pisang tu...gebus jer...tapau la skit...hehe

    BalasPadam
  2. nak kek pisang yang cantik gebu tu...

    BalasPadam
  3. gebunya..
    menggoda sungguh!

    BalasPadam
  4. salam noorma.gebussssnya!!pisang dah habih lak masa buat muffin!!

    BalasPadam
  5. Salam
    noormah cantik le pemukaan kek dan dlm nya npk gebu tp x bedrai..akk suka yg cam ni...resepi pun npk simple leh buat ni...masuk list dulu ikut turutan....

    BalasPadam
  6. nampak gebu kek pisang ...

    BalasPadam
  7. kak noorma nak sikit kek ni kak.. nampak gebu je.. bak 2 ketui kak..:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡