Sabtu, 18 Jun 2011

Hua Sen Tang Yuan

Aloo... ini hali CK mau invite kawan2 makan Hong Kong dessert maaa... manyak shedap woooo...hehehe...

Dulu CK pernah buat chinese dessert ni, tp dalamnya takde inti. Kuahnya pun plain jer.. tp kali ni CK dh pandai sikit, dan dapat resipi yang betul2 Hong Kong mali...

Tang Yuan/kuih ee ni macam buah melaka la bagi orang Melayu, Cuma dalamnya ada inti, iaitu inti kacang merah, bijan hitam, kacang hijau dan lain2. Tapi buah Melaka orang Melayu letak gula melaka jer kan...

Keistimewaan Tang Yuan ini dimakan dengan kuah. Haa.. itulah kelainannya. Kuahnya pula kuah kacang manis. Meh kita tengok cara2 buat kuih ni yer.
*gambar tak menarik perhatian sbb CK guna henpon jer..malas nk ber DSLR


Hua Sen Tang Yuan
Sumber: cendanakasih.blogspot.com

Bahan-bahan A(untuk bebola)
-1 cawan tepung pulut
-Air secukupnya
-Pewarna kegemaran
-Inti secukupnya (nenas, bijan hitam, kacang merah, kacang hijau ataupun kelapa..terpulanglah kat korang)


Cara2
-Tepung pulut digaul dengan air sampai lembut. Sama la macam kita nak buat buah melaka tu. Bila dah lembut, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna pilihan anda

-Ambil secubit dan leperkan. Letak sedikit inti. Cantumkan kembali dan bulat2kan. Buat sehingga habis adunan.
-Panaskan air dan biar mendidih. Masukkan bebola tadi. Bila terapung, bolehlah diangkat.

Bahan-bahan B (untuk kuah kacang manis)
-1 cawan kacang tanah- yg telah dibuang kulitnya
-1 genggam beras pulut
-gula batu secukupnya
-3 hiris halia
-2 helai daun pandan- disiat2.

Cara-cara
-Kacang tanah direndam semalaman. Kemudian digosok untuk buang kulitnya (lebih baik beli yang sudah dibuang kulitnya, senang kerja)
-Sediakan periuk dan masukkan air. Rebus kacang tanah bersama beras pulut selama 3-4 jam (sampai kacang lembut dan beras pulut hancur)
-Masukkan gula batu. Ikut kemanisan masing2 yer
-Letak halia dan daun pandan.
-Biar mendidih sekejap dan siap

Cara Menghidang.
Masukkan bebola ke dalam mangkuk. Sendukkan kuah kacang manis, dan sedia dinikmati.

SELAMAT MENCUBA !!


Inilah rupanya isi kandungan dalam tu.. ada inti kacang merah. Kalau rajin/suka, bolehlah buat inti bijan hitam. Ni baik untuk kesihatan. Selain tu boleh gak buat inti kacang hijau, nenas, dll



CK ni suka mencuba menda2 baru, tambah plak rajin dok layan layan chanel AFC. Asyik kuih2 melayu jer boring gak kan. Sesekali cuba plak dessert bangsa lain. Dan dessert ni memang boleh masuk list. Sedap dan tak jemu dimakan. 

Ok...sampai sini dulu !!!

3 ulasan:

  1. wahhh menarik dessert hong kong ni....colourful lagi..tak payah terbang jauh-jauhla sini pun ada..hehe

    BalasPadam
  2. wah lu manyak pandai Wo..sudah ubah itu resepi jadi makin syedap ma hehe.Jika kuih ee biasa agak plain je ..kalau camni pasti lebih enak kan.Kita kena pandai ubah suai dengan selera kita kan..

    BalasPadam
  3. Sedapnyerrrr..... kalu boh ketulan ais lagi sedap nyaman lalu kat tekak....weeeheeee delicious

    http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/make-love-not-war-biar-betoi.html

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡