Hari ni buat popia basah, semalam tengok kak Sheila dah buat... teringin la plak. Teringat kesedapan popia basah kat Pekan Taiping (ala..yang dekat stesyen teksi tu...)
dan kalo di KL ni aku suka popia basah kat pasar malam Taman Ikan Emas Cheras (hari Khamis). Fuh.. mmg best dan meletops. Udang kering dalam popianya rangup dan terasa. Sengkuangnya plak manis gitu. Kena plak dengan sos yang pedas...memang terangkat.
Tak percaya? Korang cuba la sendiri. Tempat lain takleh challenge laa.. (ni pendapat aku ye. Ada aku kisah pendapat orang lain? Hahaha… dan aku takde sebarang kaitan dengan tuan punyer gerai popia tu yer..sekadar pelanggan setia jer)
Nak resipi? meh amik kat sini. Aku dapat resipi ni ntah dari web mana ntah.. dah berkurun lama. Simpan dalam pendrive jer... tetiba jumpa balik respi ni.....
BAHAN-BAHAN
Untuk buat kulit popiah (A):
* 1 kilo tepung gandum
* 4 sudu minyak masak
* Garam secukup rasa
* Air
Untuk buat inti (B):
* 1 biji lobak merah
* 1 biji sengkuang
* 15 biji kacang panjang/kacang buncis
* 2 biji telur
* 50 sen udang kering
* 1 biji bawang besar-ditumbuk
* 2 biji bawang putih-ditumbuk
* Bawang goreng
Untuk buat sos (C):
* 15 tangkai cili kering
* 2 ulas bawang putih
* 30 sen gula merah
* sos ikan (dalam 2 sudu)
* 1 sudu besar cuka
* Sedikit petis (aku guna petis udang permberian Anna Qawina, shedap ooo...)
*garam (kalo kurang masin)
CARA-CARA (A)
1. Adunkan kesemua bahan A dan blender (cair kulit seperti bancuhan ketayap)
2. Ambil 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan ke atas kuali leper dengan menggunakan belakang senduk. Angkat setelah garing.
CARA-CARA (B)
1. Bawang besar, bawang putih dan udang kering ditumbuk sehingga lumat.
2. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga garing.
3. Masukkan karot, sengkuang, kacang buncis dan telur. Kacau sehingga telur hancur. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Setelah masak, angkat dan toskan.
CARA-CARA (C)
1. Bahan-bahan (C) diblender.
2. Tumiskan bahan-bahan (C) tadi sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan gula merah,cuka dan garam.
4. Kacau sehingga pekat.
CARA MENGHIDANG
1. Sapukan sos di atas lapisan kulit, taburkan bawang goreng.
2. Kemudian taburkan sayur campur yang telah dimasak tadi dan digulung.
Alamak...sos cilinya ter'pedas le sikit (sbb guna cili kering yang licin tu..beli kat tesco) Cian kat anak2. Tak leh makan... dan...terpaksalah buat kuih lain kat diorang... kuihnyer ialah= NUGGET... hehehe
Salam
BalasPadamselamat petang
wahhhh lagi selera negok popia basah norrmah ni ada taburang kacang lagi heee
akk punya dah habis leee dtg rmh noor makn lehh heeee
rajinnya kak norma buat popia basah....
BalasPadamsedapp betul nengoknya...
ni pehal le rajin benor buat kulit sendiri? aku beli je..kdg beli nak wat gini tapi last2 goreng gaul gula tu je..hikhik...
BalasPadamklu kat tmn medan ni, popia kak raja femes... aku pun selalu gakla beli kat c2...
BalasPadamhajat hati mmg nak buat sendiri je sbb fevret aku & en hb gak... tp ngenangnya kulitnya...adesssshhhhh!!!!
besh nyer...mmg feveret saya nih...thanks
BalasPadam