Khamis, 26 Mei 2011

Kuih Keria

Selamat Pagi semua. Tiga hari menyepikan diri...sibuk sikit dengan biz frozen food. Dan ni baru boleh lunjur kaki sikit..legakan pinggang yang sakit. Dah siap semuanya.

Dan inilah saki baki keledek yang tinggal, aku buat kuih keria untuk breakfast pagi ni.


Macam biasa, kalau buat kuih keria, mesti ikut resipi cik Quinee dari MYR ni.

Bahan-bahan
* 500 gm keledek
* 1 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung ubi kayu
* 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-cara
1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Gambar sume gelap jer, si Along yang snap... takde flash, takde extra lighting. Takde decoration...kuih sume tersenget jer.. Pakai camera dia plak tu... bantai laaa...

Ok..sampai sini dulu. Hari ni nk rilex sambil tgk tv. Ngantuk lagi niiii !!!!



7 ulasan:

  1. Salam kak.. Lama tak mkn kuih ni... Kena beli
    ubi ni nampaknya

    BalasPadam
  2. Maa,ko nie mengoda akak ler..kat rembau ada pesta pertanian,,nak ajak abang akak ler cari keledek hihihii..letak tepung ubi yer..selalu akak guna tepung gandum ajer..nnti try gak laa resipi nie

    BalasPadam
  3. Salam kak noorma,
    hu.. teringat ubi keledek. Resipi quinnee ni sedap kan? memang terasa lembutnya. wah.. dah bines frozen food. good luck ya, kak. :))

    BalasPadam
  4. Ita- beli, beli ... jangan tak beli... buat keledek bakar pun best kan.. tingat citer Shin Chan..hehe

    Kak Asma- yer kak, letak tepung ubi sikit.. baru la sedap..kalo terlebih tepung gandum pun, dia tak keras,,saya selalu guna respi ni...

    Nur- TQ..boleh lah..biz kecik2 jer..nk buat besar2 tak larat..takde assistant...
    Akak mmg dah stik dengan resipi quinee ni... sedap dan lembut...

    BalasPadam
  5. dah lama tak buat kueh ni..malas nak menguli sebenarnya..hehe
    ada lagi tak tu?mintak 5 ketul..

    BalasPadam
  6. wa...da lame x makan kuih keria....tolong buat kan kite ley :D

    BalasPadam
  7. sedapnya..dah lama tak mkn kueh ni...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡