Khamis, 5 Mei 2011

Gulai Ikan Tongkol


السلام عليكم


Hari ni buat gulai ikan tongkol pantai timur style. Aku dh Jebat mmg suka lauk cenggini walaupun kami bukan berasal dari Pantai Timur. Kalo beli ikan tongkol jer, mesti gulai lemak cenggini. Tak pandang dah lomak cili padi nogori tuh.

First time bertemu lauk ni semasa kami dok kat Cheras.Ada seorang makcik tu niaga nasi lemak dan nasi berlauk. Satu hari tu, nasi lemak dh habis,so Jebat beli ler nasi berlauk. Sekali rasa..fuh..sedap la plak. Sejak tu terus mencari resepi ni, hinggalah berjumpa kat Myresipi.


Terima kasih buat LizaComel Myresipi. Lauk ni makan ngan sambal belacan, telur masin...fuh..terangkat.

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
* 1 kg ikan tongkol
* 2-3 ekor ikan kering
* 2-3 ulas asam keping
* 4 ulas bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 4-5 biji cili padi
* 3 cm lengkuas
* 2 sudu kecil serbuk kunyit
* 3 sudu makan cili giling
* 1 biji kelapa
* 1 batang timun
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* garam secukup rasa

Cara-cara
1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

My Jebat siap hirup lagi kuah gulai ni. Sedap lah tu...



3 ulasan:

  1. harus ku buat lagi nanti..hubby aku suka gak walau dia jawarian..sedap katanya..ni aku bawak nasik kosong..lauk ko bagi ek...

    BalasPadam
  2. ikan tongkol ni banyak hasiatnya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak..
    dah lama dah x makan ikan tongkol.. terliur ler plak.. :)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡