Khamis, 3 Mac 2011

Murtabak Artkins

Salam semua. Dah breakfast? hari ni aku breakfast sedap sikit sbb ada murtabak. Huh..mcm mana buat? bukan ker orang Artkins takleh ambik tepung? haaa....ini jawapannya.

Murtabak ni tak menggunakan tepung gandum ataupun instant paratha. Abis tu guna apa ek?? guna tepung soya dan telur. 

Macam mana membuatnya?
 firstly korang kena la beli tepung soya. Dalam web Artkin mmg ada resipi2 berasaskan tepung soya yang menggantikan tepung gandum. Tapi tepung soya ni payah nk jumpa. Tak semua pasaraya/kedai ada menjual tepung soya. Tepung soya ni aku beli kat Cosway

Mula2 pecahkan sebiji telur dan gaul bersama 2 sudu tepung soya. Kemudian, dadar macam buat telur goreng tu. Siap... dan letak kat tepi (dadar tu biarlah nipis, macam kulit popia, buat kat kuali non stik)



Untuk intinya plak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tambah sedikit serbuk kari daging. Biar naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar. Boleh tambah tomato segar yang dihiris halus (menggantikan sos tomato). Tambah garam dan biarkan kering. Sejukkan.

Kemudian, pecahkan 1 biji telur, pukul sikit. Tambah inti daging yang dimasak tadi. Letakkan diatas campuran tepung dan telur yang kita dadar pada awal tadi. Balut macam biasa dan goreng sampai masak (mcm goreng roti canai tu ler.....) Siap...dan bolehlah dimakan.

Yang belum dipotong.... Saiznya kecil sbb kuali non stik aku pun kocik jo :)


http://www.cute-smiley.com bye bye!!!!

7 ulasan:

  1. selamat pagi...sedapnya....pagi2 dah layan murtabak...mintak sebiji.???hehehhe

    BalasPadam
  2. awat ghajin sgt ko tebar murtabak tuh? aku nak mkn order jer...hikhik....

    BalasPadam
  3. nak murtabak...sedappnya...
    rajin kak norma buat..he..he..

    BalasPadam
  4. yeahh..menu baru tuk saye yg tengah berdiet atkins gak nie.. thanks yaa..harus di cube... but just nak tanye..means semua makanan yang gune tepung gandum kite leh ganti ngan tepung soya ker??

    BalasPadam
  5. Mrsazrul- yer boleh. Saya pun baca dalam web artkins. Tp resipi ni bagi yang dah keluar dari induction. Sebaiknya semasa induction janganlah ambik kekacang...

    Dan make sure kandungan tepung soya tu takde campuran tepung gandum..lebih baik kisar sendiri soya dan dijadikan tepung... saya buat mcm tu skang ni (dh abis stok) hehehe....

    BalasPadam
  6. mah,aduhai...nama murtabak ko ni cam bunyi org putih.sure rasa dia lain ek..alah...terliur aku mah..nak rasa lak murtamabk versi tepung soya.selama ni tepung gandum je...

    BalasPadam
  7. wah norma..memang tengah diet ..resepi ni pun mcm best ajer...nak cari tepung kacang soya ni yang susah

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡