Salam Jumaat buat semua. Makan apa pagi ni?
Untuk keluarga, aku siapkan lempeng tepung dengan sambal sardin. Semestinya kegemaran Jebat. Tiap kali cuti, inilah menu sarapan yang wajib disediakan. Walau sakit, walau letih dan tak larat sekalipun, pasti aku akan buatkan makanan kegemaran dia ni. Betul2 tekak kampung laki aku tuh...
Lempeng ni ada macam2 resipi. Kalo kampung style, ada letak kelapa parut. Dan ada jugak semata2 tepung dengan garam (style mak mertua aku ler....) tp aku suka mempelbagaikan resipi lempeng. Antaranya macam lempeng yang aku sediakan hari ni. Ala2 pankek pun ada.
Selain tepung gandum, aku masukkan susu cair, gula, garam, telur dan sedikit nasi. Kisar sampai halus. Hasilnya- ada rasa macam tosai pun ada...hehehe....
Untuk aku? lempengnya lain sedikit, sbb diperbuat daripada telur dan tepung soya. Ermm... sampai bila tak nk makan tepung gandum ni yer??? entah laaaa......
ASsalam n very gud Day..wei mai lempeng tu sikit ..meleleh air liur aku tgk lempeng ngan sambal sardin tu..hu hu
BalasPadamsedapnya lempeng ni...
BalasPadam