(for Artkiner)
Slamat petang semua. Ujan jer hari ni..Ni pun baru bangun tido. Rasa lapar lah plak. So aku buat cekodok soya ni...sesi diet bermula semula. Semalam my cheating day..hehehe....
Slamat petang semua. Ujan jer hari ni..Ni pun baru bangun tido. Rasa lapar lah plak. So aku buat cekodok soya ni...sesi diet bermula semula. Semalam my cheating day..hehehe....
Cekodok ni dibuat daripada kacang soya dan tauhu telur. Takde tepung gandum tawwww....
Bagi sesiapa yang payah nk cari tepung soya, jangan ler susah hati. Rendam kacang soya semalaman dan kisar kacang soya tu bersama tauhu telur (tak payah letak air, nanti cair ler plak)
Kemudian, campur lah bahan2 lain seperti ikan bilis tumbuk, bawang, cili merah yang dipotong halus, daun sup, daun bawang....sukati ler...mcm buat cekodok biasa ler... tp jangan letak jagung taww...sbb jagung mempunyai kadar karbo yang tinggi ler jugak.
Ok...dh siap semua, letak ler garam. Untuk cekodok soya ni, kena lebihkan sedikit garam sbb nanti takde rasa kalo letak sikit, sbb soya ni makan garam
Rasanya ? macam kuih vadei pun ada, sbb kacang soya kan. .... tp best lah... and the most important thing, takde kandungan karbo yang tinggi !!!!
Salam noorma. Nampak sedaplah cekodok soya tu. Tak pernah makan, tak pernah dengar dan tak pernah tahu yang soya pun boleh buat cekodok. Huhu, nak kena take note ni kot2 boleh dicuba satu hari nanti.
BalasPadamrajinnya mek ni wat cekodok..haritu ada tgk kat myrsp kak fida letak rsp guna hampas soya tuh, wat cekodok, lps blend & tapis ambik air tu kan, ambik hampas soya tu wat kuih...samala kot..kotla kan..haih..dok kot kot je, bila nak jd blazer nih?..hehe
BalasPadamsalam kak norma..yeah..lagi resepi tuk saye try as atkiners nie..hhuhu..kak tauhu telur tue nak letak banyak ker?
BalasPadamkat sini akak guna 1 cawan kacang soya yang direndam...kisar bersama 1 batang tauhu telur.... kalo nampak cair, boleh tambah tepung soya
BalasPadam