Isnin, 21 Mac 2011

Asparagus Goreng Belacan

Boringnya hari ni..memulakan rutin harian seperti biasa.

Ni salah satu hidangan hari ini. Terus terang cakap kami tak pernah la beli asparagus ni lagi (jakun ler plak...) Mmg selalu nampak kat Tesco mahupun pasaraya yang berdekatan dengan rumah ni. Tapi tak terasa pun nk beli.

Masa kat Cameron hari tu, kawan aku Nafisah beli ler segala sayur untuk dibuat stimboat malam tu. Salah satunya asparagus ni ler.. tp disebabkan terlampau banyak makanan, so asparagus ni tak dicelur (mungkin terlupa).. so aku mintak ler kat dia...nk rasa !!!

Sebelum ni mmg pernah nampak kengkawan blog masak sayur ni.  So cari punya cari, dapatlah resipi ni.

Bahan-bahan:
300gm asparagus
2 biji cili merah - ditumbuk (aku tambah sikit cili padi merah, kasi lagi pedas)
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
udang hidup
sedikit minyak masak & air

cara:
- asparagus dipotong,basuh dan toskan
- panaskan minyak masak dlm kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga berbau
- masukkan sedikit air dan sos tiram
- apabila mendidih, masukkan asparagus, udang dan  masak hingga layu


Rasanya? macam kacang panjang pun ada, macam batang kangkung pun ada. Ermm...kira ok laa....lain kali boleh beli lagi. Thanks Ann, sbb bagi sayur ni !!!

5 ulasan:

  1. ni mesti sedap meratah, tambah udang beso2 tu....kecur air liur je.

    BalasPadam
  2. akak, untuk mas ada tak..wat makan ngan nasi ni..he..he..

    BalasPadam
  3. sejak balik m'sia tak pernah beli lg asparagus ni. masa duk adelaide dulu pun teramat jarang beli...sbb tak tahu nak masak apa.
    mcm sedap je goreng camtu...boleh try...

    BalasPadam
  4. mak aih,nampak mabeles btul.hu3

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡