Isnin, 6 Disember 2010

Pasta ala Keni

Selagi tekak tidak jemu, selagi mulut terasa nk makan, selagi itu lah akan masak lagi lagi dan lagi...hari ni guna ayam , ala2 pasta kat keni roges nun.. tapi versi di rumah ni takde lah ikut slogan dia, kurang lemak, kurang garam dan kurang kalori. Slogan di rumah nip- SESEDAP RASA !! hehehe


Bahan-bahan

-spegheti secukupnya- rebus dan toskan
-2 ulas bawang putih-diketuk, cincang
-3 ulas bawang merah-dipotong dadu
-secubit serbuk lada putih
-2 biji cili padi-dipotong
-1/2 sudu teh herba campuran
- cendawan butan atau lain2 cendawan
-1/3 cawan susu cair
-3 sudu besar mayonis
-garam, perasa

Cara-cara
Tumis bawang putih hingga naik bau sedikit dan masukkan bawang merah cincang tadi.
Masukkan secubit lada sulah dan herba campuran. Kacau rata. Tambah cendawan butang. Kacau lagi
Masukkan susu cair. Tunggu mendidih sekejap dan masukkan spegheti. Gaul rata
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul rata dengan spegheti tadi.Siap..dan bolehlah dihidangkan dengan ayam panggang kegemaran anda.

*Kalo takde ayam panggang, campur ler benda2 lain dalam spegheti tu semasa menumis, cth: udang, ayam, sosej, crabstik, dll.


ok..sampai sini dulu. Jemputlah makan yer..

2 ulasan:

  1. Salam kak noorma,
    Oh,kak... spageti tu...! makan ngan ayam panggang, Gud idea! tak penah rasa lagi spageti kat kenny.

    BalasPadam
  2. Nur- akak pong tak pernah g jejak kaki kat sana..cuma tgk dalam iklan kat tv jer..kehkehkeh...kan ada resipi ayam percik Kenny Rogers, so lawan ler ngan spegheti...hehehe...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡