Salam Maal Hijrah buat semua. Semalam buat pasta ayam pangang keni tu kan..Inilah projek sebenar. Nk buat nasi ayam. Cadangnya malam tadi nk masak nasi ayam, tp tak kesampaian. Hujan..takleh nk kuar rumah beli barang2 make up nasi ayam ni.. So ayam ni dah diperap sehari semalam, dan pagi ni terus panggang.
Bahan-bahan
* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan
* Sedikit mentega (aku gantikan dengan minyak masak jer)
Cara-cara
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama nasi dan sup
Setakat entri ini dimasukkan, belum lagi buat sos cili dan kicapnya.. Jap lagilah baru buat. Nk buat keje lain dulu...OK...chow (tp bukanlah nk ke chow kit, nk naik atas, kemas bilik budak2 ni plak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡