Rabu, 1 Disember 2010

Moist Coklat Cup Cake- versi kukus

Lepas mengukus pulut, aku buat plak projek cup cake coklat. Anak2 memang suka makan kek. Dah letih main games, sure masuk dapur cari makan. Tapi kali ni 'terlebih rajin' la plak. Siap buat deco lagi. Versi keras tangan lagi.. (haiii..bilalah aku nak pegi kelas decoration kek ni??) Vivian...tolonglah buat kelas decoration tu cepat !! Vivian ni tokeh kedai Hot Oven, kedai barang bakery, tempat aku  slalu  lepak. Minggu lepas kelas pastri puff, dia ajak aku, tp aku kata "aiyaa...banyak soli la Vivian, itu pastri puff saya suda expert maaa"... hehe..padahal aku ada hal lain-pegi konvo Irfan kat Sunway.


Jauh diterbangkan resipi kek coklat ni...nun dari negara Doraemon nun. Amik dari rumah cikgu Hana yang tengah cuti bertugas.. hehehe...gamaknyer kalo dia balik Msia nanti dia jadi cikgu jugak ke? atau bukak kedai bakery??

Bahan-bahan
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1/3 cawan serbuk koko
* 1sk baking soda - aku letak baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
* 1 biji telur
* 1/2 cawan butter@ minyak masak - aku gune butter
* 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
* 1sk esen vanila
* 1/2 cawan air panas
* 1/4 cawan susu pekat 

Cara-cara
* Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
* Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
* Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
* Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
* Masukkan air panas dan esen vanila.
* Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
* Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - aku pun ikut mcam Hana,  kukus.
* Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.

Aising ni cair sikit, malas dah nak tambah gula aising..Alah...janji boleh buat deco udah ler..bukan nk bagi menteri makan pong. Setakat Jebat tu, eleh...takde herannya dia nak makan segala cup cake ni. Aku pun sama, setakat buat ok ler... nak makan? NO .. itu sume lemak ooo... kang tak muat plak baju2 dalam lemari tu.
Versi keras tangan. Jeles plak tgk Leen yang mmg kreatif menghias cup cake.

 Ni respi utk buttercream cup cake ni yer.. aku lebih suka letak cream cheese. Kata anak2, macam rasa kek kat secret resipi..iyo lah tu.. versi mat salleh plak yer..takpe kan..korang kan lagi pandai omputeh !!

Ingredient
360g cream cheese (softened at room temperature) - tapi versi ni aku letak separuh krimwel dan separuh cream cheese
90g butter
200g icing sugar, sifted
1 tsp vanilla essence

Method:
Beat cream cheese until soft.
Add butter and continue beating until mixture is light and fluffy.
Slowly add icing sugar, a little at a time and beat well. Add vanilla essence and continue beating until mixture is smooth and creamy.
The icing can be used as a filling to sandwich cakes or to frost the top and sides of cakes.




Ok...  sampai sini dulu...

4 ulasan:

  1. wallah weiii..cantik banget tuh....canne wat icing tu? share ckt..hihi

    BalasPadam
  2. opocot..lupa plak letak respi ising..jap ek..

    BalasPadam
  3. sedapnyee...teringin nak buat

    BalasPadam
  4. Salam kenal Noorma..Best2 resepi dari blog ni..4llow U & jemput 4llow saya kembali..Tukar2 link eh...bolehkan...Utk tambah lagi kenalan..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡