Selasa, 14 Disember 2010

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar @ Kuih Gulung

Salam...hari ni breakfast kuih dadar manis atau ketayap. Malam tadi pegi kedai runcit beli kelapa parut..sib baik ada beberapa biji lagi kelapa yang tinggal. Terus jebat ambik 2 bijik. Bestnyaa...malam tadi jugak terus buat inti. Dan pagi ni cuma buat kulit jer.

Sumber resipi: Kak Hanieliza fotopages

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.



Ok...hari ni paling banyak keje...nk siapkan frozen food, masak utk makan tengahari (Jebat balik awal)  membalut buku anak2, pegi tesco beli barang dapur, pegi Bake With Yen beli barang bakery, buat muffin kukus, buat coconut jelly (ni sume tempahan yer) dll.... Aduh...larat ker aku?? 

2 ulasan:

  1. salam noorma ..... wahhhh sedapnye kuih ketayap tu ....terini lak nak buat ......

    BalasPadam
  2. terasa lapa je,duduk dlm blog ni.

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡