Selasa, 28 Disember 2010

Kangkung Goreng Bodo?

Salam...hari ni cuaca nampak mendung jer. Sesedih hati aku ni. Sebab apa yer? nk tau? baca sini. Tapi dalam sedih2 tu, aku kena masak gak. Kalo tidak, anak2 mesti tanya 'dh habis beras ke Mama?" atau "papa tak beli lauk ke mama?" ermmm....

Lauk2 untuk hari ini. Ada lauk kegemaran Irfan-ayam masak merah, ikan keli salai berlada, sayur kangkung goreng, sambal belacan dan  kuah dhal (buat awal pagi tadi, sbb makan ngan roti paratha instant).

Ayam Masak Merah

Keli Salai Berlada

Kangkung Goreng Bodo- bodo means tumis bwang merah dan bwang putih pastu curah air.Tutup kejap dan masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan angkat. Siap. Senang jer

Kuah dhal ni makan ngan roti paratha instant pagi tadi. Saja buat lebih, kengkonon nk masak nasi biryani or nasi minyak. Tapi dh terlupa, masa basuh beras terus tanak. Dsh dekat mendidih baru teringat nk buat nasi minyak..alahai..kansel ler....makan jer lah ngan nasi putih jer lah

Sambal belacan ummph. Caranya ambil 2 biji cili merah dan sedikit cili padi kampung. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.Campak cili tadi dan tambah sedikit belacan dan ikan bilis. Goreng sekejap. Pastu tumbuk. Tambah garam. Kemudian perahkan asam limau. Wallah..tak hingat donia makan....cicah dengan kangkung goreng bodo tadi.



Ok..sampai sini dulu. Jemput makan semua!!

3 ulasan:

  1. akak...sedap2 la menu lunch ni..semuanya mas suka, tumpang lunch sekali bolehh..

    BalasPadam
  2. akak, nk tanya , keli salai berlada tu, ikan keli tu kan dah disalai, terus masuk dlm sambal ke akak goreng lak ikan tu..nmpk sedap la, mas ni hantu keli..tu yg tanya..

    BalasPadam
  3. Salam Noorma..bodo pun bodo lah janji sodap wei..aku suka yang ringkas2 gitu..bukak selera tu...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡