Sabtu, 4 Disember 2010

Ikan Masak Cuka

Fuh..hari ni mentari tidak mahu memancarkan surianya. Kelam alam maya. Suram dan sejuk. Rintik hujan terus menerus membasahi bumi. Kemana yang boleh dituju? Maha? ooo..ku sudah serik. Shopping compleks? pun tidak, kerana hari ini hari tanpa beg plastik. Kalo beli barang, sudah tentu terpaksa menjinjing dengan tangan.


Lauk kedua hari ini. Lambat sikit pos entri sbb terpaku depan tv menonton cerita Syaitan, lakonan Rosyam Noor, pelakon paberet aku. Sesekali teringatkan Jebat yang masih belum pulang..mana la pujaan hatiku itew...kahkahkah..

Macam biasa, ikut respi omak den laaa...kali ni akak guna ikan merah. Huh..sesekali terasa jemu makan ikan besar ni (hasil pancingan kolam air masin ler..) Dh suruh Jebat beli ikan2 kecik spt kerisi, gelama dan sardin. Tp bilalah si'gila kerja' tu nk ke pasar?

Bahan-bahan
-1 ekor ikan digoreng dahulu (ikan apa2 pun boleh, kerisi, bawal,)
- 1 ulas bawang besar-dibelah 4
- 2 ulas bawang putih-dihiris
- 1 inci halia-diracik halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh jintan manis-ditumbuk sedikit
- 3 sudu cuka (boleh lebihkan untuk rasa lebih masam)
- 2 sudu gula (boleh lebih/kurangkan)ikut selera masing2
-2 biji cili hijau-dipotong
- garam, perasa secukupnya-
- air secukupnya

Cara-cara
-tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan biji sawi sampai naik bau.
- masukkan air dan cuka.
- kemudian, tambah gula, garam dan serbuk perasa.
- masukkan ikan, biar mendidih.
- akhir sekali masukkan cili hijau.
- biar mereneh sebentar dan bolehlah ditutup api.
- siap!!


Ok..sampai sini dulu. Nk siapkan minum petang plak. Tadi Irfan suruh buat pizza (mmg dh lama pun tak memiza kat rumah ni) tp cari2 yis, entah ke mana la menyorok. Takut kena rendam kot, pasal tu la hilang..so takde la buat piza. Ingat nk buat cekodok jer laa...sejuk ni, gerenti habis...

1 ulasan:

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡