Sabtu, 23 Oktober 2010

Nasi Mentega Kismis

Salam Sabtu buat semua. Terima kasih kerana memberi pandangan berkenaan masalah semalam. Korang mmg best lah...

Macam biasa, hari sabtu ni Jebat kena kerja, so masak2 untuk anak2 jer. Dan yang jadi kesukaan anak2 tentulah nasi minyak. Lauknya apa lagi, tentulah Ayam Masak Merah.


Resipi amik dari umah doktor yang cun dan rajin buat kek, sapa lagi kalo bukan Doc Inahar. Thanks you akak.. (dok Inahar amik dr umah CMG)..copy mengopi amalan blogger..hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (kita guna beras siam wangi)
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
2.Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
3.Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

**Aku guna kismis hitam sunmaid jer. Ada sikit balance buat coklat. So bedal jer lah. Nk cari kismis kuning takde la plak. Kalo kismis kuning, mesti lagi cantik. Tabur plak ngan badam hiris, pun drpd balance wat coklat...hehehe...

Paling best kalo kenakan dengan acar buah. Stok acar buah mmg sentiasa ada jer kat rumah ni.. tp hanya aku ngan Jebat jer makan acar buah ni..budak2 tak reti makan. Apa raaaa

Lauk paberet anak2 dan menjadi lauk wajib setiap minggu - Ayam Masak Merah. Aku ngan Jebat dh jemu makan lauk ni. Tapi apakan daya, seminggu sekali kena masak lauk ni, kalo tidak, anak2 mesti tanya- Dah abis sos tomato ke? idak pun Minggu ni tak beli ayam ke??


3 ulasan:

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡