Isnin, 13 September 2010

Ketam Lemak Cili Padi + Nenas

Salam semua.. amacam raya? kenyang makan ketupat, lemang dan rendang?


Hari ni kami lepak jer kat rumah setelah penat berjalan sana sini. Teringin nk makan nasi plak berlauk plak (ek eleh..macam ler dh setahun tak makan nasi yer..) yelah..ke sana sini orang asyik jamu nasi himpit, ketupat, lemang dan rendang. Tekak dh kata nk nasi ngan ikan masin jer..


Pepagi ke Pasar Borong, jumpa plak ketam, sekilo rm13.00. Besar plak tu. Aku ambik ler 3 ekor. Kengkonon nk cuba ler makan plak. Dah lama tak makan. Aku kan ada alergik, mmg takleh makan ketam ni. Tapi dh teringin punya pasal, beli ler sikit. Untuk sekali makan.

Buat gulai lemak cili padi dengan nenas. Wallah.. tp tak sempat abis makan, badan aku dh gatal2. Naik merah sana sini. Cepat2 aku telan ubat alergik. Alahai...tp anak2..sukanyer diorang makan, sampai makan nasi bertambah2. Lepas tu suruh beli lagi. Emmm..korang nk bagi mama masuk spital ke??


Kerabu Mangga. Kat rumah aku ni mmg tengah banyak buah mangga. Setakat stok satu taman ni, no hal punyer lah. Sesapa nk makan mangga jemputlah datang umah yer..

Resipi kerabu mangga bersantan

Bahan-bahan
-mangga muda secukupnyer-lagi masam lagi best
-santan pekat
-bawang merah-dihiris halus
-udang kering
-cili merah
-cili padi
-belacan
-garam, perasa

Cara-cara
1.Buah mangga dikupas kulitnyer dan dicincang halus. Kalo ikut cara aku, aku hiris nipis2 dan potong halus2..
2.Rendam mangga yg dipotong halus tadi dalam air bergaram. Rendam lebih kurang 15-20 minit.
3.Tapis airnyer dan perah isi mangga tadi untuk keluarkan air selebihnyer.
4.Tumbuk cili padi, cili merah, belacan dan udang kering sampai lumat
5.Dalam bekas, masukkan mangga, cili yg ditumbuk, bawang yg dihiris dan santan pekat. Gaul rata. Sesuaikan rasanyer dan bolehlah dihidang.


Ni puyuh goreng berempah. Dh boring makan ayam, kita makan burung puyuh plak yer. Kalo pegi Sekincan, bolehlah beli burung ruak2. Lagi sedap.


BAHAN-BAHAN:
10 ekor burung puyoh yg telah dibersihkan

Ditumbuk atau kisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm kunyit hidup atau 2 camca teh serbuk kunyit
2 cm halia
2 camca teh garam

Dikisar kering:
2 sudu makan ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA-CARA:
1. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk dan dikisar dengan puyoh. Perap seketika dalam 10minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng sehingga garing. Siap untuk dihidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡