Rabu, 4 Ogos 2010

Sardin Adabi- rating no 4

Hari ni aku tak masak special sangat. Masak sardin jer..padan muka kaum kerabat di rumah ni. Bila masak macam2, tak mo makan. Kenyang la, takde selera la. Si Jebat dan anak2nya sama naik jer... Nyakitkan ati jer...
Minggu lepas masa ke Giant, aku nampak Sardin Adabi ni. Beli ler 1 tin kecik, nk cuba. Kecoh benar iklan kat tv tu. Nk rasa sedap ke tak.


Umak aiii...terkejut aku bila campak sardin ni dalam kuali. Nah ko..ada 6 ekor ikan (saiz kecil laa) kat dalam tu. Biasanya paling banyak pun 3 ekor jer. Ni sampai 6. Sardin ni dh dicampur dengan cili. Patut la dalam iklan tu kata boleh dimakan terus.

Komen aku: Setakat boleh makan jer la.. dan takleh masuk tekak aku. (tak tau lah anak2 & Jebat yang memang peminat sardin.Kuahnya tak brapa pekat (mungkin sebab dh dimasak dengan cili) Rasa isi ikannya juga tak brapa lemak. Kalo dinilai dari 5 bintang, aku bagi 2 setengah bintang jer. Tak boleh nk lawan Sardin cap Ayam ataupun King Cup (gambar bunga rose tu)

Kat sini rating sardin yang best ikut tekak aku
1.Sardin Ayam Brand ( ni sardin paling best.*bukan handphone cap ayam tawww Memang la mahal tapi berbaloi
2.King Cup (gambar bunga rose tu..)
3.Marina
4.Adabi/Melati
5.King Fisher dan lain2.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡