Salam...ini menu hari Sabtu lepas sempena menyambut kedatangan kengkawan lama ke rumah aku. Memandangkan badan masih tak brapa ok, so aku hanya masak yg ringkas2 jer..Malas plak nk masak nasi, sebab tiap kali kawan datang, aku masak nasi dan lauknya ala kampung..Kalo buat nasi biryani/minyak- macam dh selalu makan. So ambik ringkas, buat mee aje lah.
Diberi nama Mee Puncak Kasih (eh..aku punya pasal ler nk letak nama apa, sebab aku yg masak..hehehe...) Untuk Zarina & Sharmini, korang kata sedap kan..lepas ni boleh buat sendiri yer..Bahan-bahan sup
-tulang ayam (rangka, kaki dll)
-2 ulas bwg putih -diketuk
-1 inci halia-diketuk
-2 batang saleri -dipotong
-sedikit kobis
-1 sudu kecil serbuk Norr Pasti Sedap
-1 kiub ayam megi
-sedikit lada sulah
-air secukupnya
Cara-cara-Rebus semua bahan2 selama 2-3 jam. Kemudian tapis airnya. Siap
Bahan-bahan Sambal-3 ulas bawang merah-ditumbuk
-1 ulas bawang putih- ditumbuk halus
-2 senduk cili kering kisar
-1 cawan udang geragau -kisar
-sedikit air asam jawa
-garam/perasa secukupnya
Cara-cara
-tumis bawang putih sampai naik bau kemudian baru masukkan bawang merah dan cili kisar
-masak sampai cili pecah minyak dan wangi
-masukkan air asam jawa dan udang geragau.
-tambah garam dan perasa
-masak sampai kuah pekat
-Siap
bahan-bahan lain
-fishball/fishkek
-meatball
-wantan skin
-tauhu
-tauhu telur/jepun
*semua bahan2 ini digoreng dulu. Kemudian dipotong/hiris halus2
-kangkung -dicelur
-taugeh-dicelur
-isi ayam rebus -disiat halus
-udang -direbus sekejap dan dikupas kulitnya
-bawang goreng
-daun sup & daun bawang
-mee kuning secukupnya -dicelur dahulu
Cara menghidang
-Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk
-Tambah sayur, fishball dan lain2.
-Sendukkan kuah
-Tambah dengan sambal
-Sedia dihidangkan
Mula2 makan ngan mee kuning, dan bila mee kuning dh habis, diorang bantai plak ngan kuetiau. Asalnya si Zarina suruh celur bihun jer, tp aku cakap bihun tak masuk laa...so kami bantai plak ngan kuetiau. Bukan takmo celur mee kuning lagi, tapi si Sharmini request Mee Goreng Mamak ler plak. Memandangkan dh 15 tahun tak jumpa dia, so aku masakkan la jugak. Alhamdulillah..semua makanan finish licin.
*dari kiri-Rozaida (tokeh kek, muffin dan coklat), Sharmini (pengarah kanan JKR Putrajaya), Zarina (tokeh homemade coklat) dan Parimaladevi(peguam)
Sebenarnya ada ramai lagi, tapi diorang takmo enterframe.. Sedih plak dengar cerita dari Zarina lepas raya ni dia nk berhenti kerja dan balik ke Kuala Kangsar nk tinggal dengan kedua orang tuanya. Sebab lain, tak tak seronok kerja kat tempat sekarang ni. Alahai...hilang lagi seorang kawan baik. Aku ni udah ler tak ramai kawan. Apapun, aku doakan yang terbaik untuk dia. Untuk kawan2 lain, bila plak kita nk jumpa yer??
Maa,
BalasPadamkan best kalau umah kita dekat..leh selalu makan ko masak.tengok mee nie pun menyelerakn.oh yea akak nak bg nohp akak nie..nnti bg no hp maa yea senang akak nak sms..hihihiihi nak kacau ko tido..
Maa,pe kata ko bagi Irfan minum madu asli..tapi jangan minum gitu ajer.buh sikit air..InsyaALLAH tu..atau kalau ade jus kurma lagi elok..akak selalu bg Umar minum dua dua nie...