Khamis, 5 Ogos 2010

Kiwi Muffin

Salam...hari ni pun aku malas nk masak nasi. Sebab petang nanti nk ke Cheras, umah mak mertua aku. Kengkonon Jebat nk bagi la mak dia Ikan Jenahak yang dia pancing tu (kes aku dh haramkan segala ikan jenahak, siakap, merah dll masuk dapur aku lagi...) Aku plak nk cari ikan pekasam kat Pasar Malam. Stok ikan pekasam kat umah aku ni dh habis. Dh nk puasa, selalunya time bersahur aku suka goreng ikan pekasam.

Disebabkan nk ke 'sana' aku buat la muffin kiwi ni. Mak mertua aku mmg suka makan cup cake. Opsss...ni bukan kes nk bodek mak mertua yer...ni untuk anak2 aku makan kat sana. Jangan menyusahkan orang tua tu..


Sebenarnya resipi ni aku amik dari resipi vanila cupcake, tapi aku buat cara aku. Sebabnya aku tak suka muffin yang keras bila sejuk. Tapi sukatan bahan2 nya aku ikut macam resipi tu, cuma kaedah membuatnyer jer aku tukar...

cara aku: Tepung, baking powder, baking soda diayak bersama. Telur dan gula dipukul hingga kembang(mcm nk buat bahulu tu) kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan yogurt,susu cair dan mentega yang dicairkan. Akhir sekali masukkan tepung. Gaul rata, dan sendukkan sikit ke dalam acuan muffin. Letak kiwi filing dan tutup dengan aduan tepung. Kemudian, bakar ler dalam oven 20 minit atau hingga masak.



Ni resipi asli yer....

Bahan-bahan
1/3 cawan mentega
2/3 cawan gula
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan yogurt asli
1/3 cawan susu segar
1 1/3 cawan tepung gandum

Cara-cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang
masukkan b.powder & b.soda ke dalam adunan dan pukul hingga adunan menjadi pucat
masukkan telur dan esen vanila
pukul lagi hingga kembang
campur yogurt dan susu segar
campurkan tepung dan gaul rata
sendukkan ke dalam bekas muffin
bakar hingga masak




Hasilnya : Muffin lebih lembut dan gebu. Ada brani nk cuba?? hahaha....

2 ulasan:

  1. wah kak, buat muffin yer..nampak sedap dan gebu la...

    BalasPadam
  2. Dah rasa..hehe..Nice friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡