Salam...hari ni tak larat nk masak nasi. Masak alfalbeto salad ni jer untuk budak 2 ketui tu. Aku ngan jebat? makan tortilla wrap with nugget & daun salad. Letak sikit mayonis dan sos thousand island. Siap...kenyang...
Hari tu masa ke Tesco, nampak pasta ni. Bentuk huruf2. Suka plak anak2. Dalam masa yang sama boleh suruh diorang makan lebih.
Bahan-bahan
-alfabet pasta secukupnya -didihkan air dan masuk pasta. Rebus sampai lembut (tambah sedikit butter semasa merebus)Toskan airnya, dan ketepikan.
-kentang -dipotong dadu dan direbus empuk
-lobak merah -potong dadu kecil, rebus empuk
-isi jagung- rebus sekejap dan toskan
-sosej -dipotong kecil
-cendawan (aku guna straw mushroom dalam tin)
-crab stik -dipotong
-isi ayam
-bawang merah -dipotong dadu kecil
-bawang putih -dicincang halus
-mix herb (aku letak 1/2 sudu kecil)
-lada hitam kisar
-serbuk perasa tumix
-garam secukupnya
-mayonis
Cara-cara
-tumis bawang putih dan bawang merah.
-masukkan mix herb dan lada hitam
-tambah isi ayam, goreng hingga isi ayam masak
-masukkan sosej dan crab stik.
-tambah kentang dan bahan2 sayur lain. Goreng sekejap
-masukkan pasta yang direbus.
-tambah perasa dan garam.
-akhir sekali, masukkan mayonis. Kacau dan SIAP
-boleh tabur daun pasli dan grated cheese semasa menghidang.
Suka plak anak2 makan, padahalnyer resipi ni diolah dari resipi salad kentang dan speghetti carbonara. Sibuk diorang dok mencari huruf untuk nama diorang..tak sedar dh habis. Jebat pun tak merasa.
eh eh ingatkan nasi tadi..bila perhati betul-betul nampak cam huruf D:)
BalasPadam