Asyik makan nasi putih jer mesti borink kan.. sesekali tukar ler plak pada nasi minyak/lemak. Dan hari ini aku cuba la buat Nasi Karot. Kengkawan lain dh banyak yang buat, dengan nasi mandhi, nasi ujan panas dll.
Bahan-bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam
Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.
Sebenarnya ayam masak merah ni dh memang menjadi paberet anak bujang aku, Irfan. Boleh dikatakan tiap2 minggu dia nak lauk ni. Kengkadang aku plak naik menyampah nak masak ayam
nasi carrot??
BalasPadammcm ns beriyani ek??
kite bwk pinggan besar ni kak....