Khamis, 15 Julai 2010

Mee Goreng Mamak

Slamat pagi semua.. apa khabar pagi ni? dh breakfast ker?? ni breakfast kami sekeluarga. Buat sebungkus. Habis licin semuanya. Along dan Irfan bawak bekal ke sekolah.


Resipi ni dapat dari SriKasih Sesekali mencuba kelainan, apa salahnyer kan.

Bahan-bahannya:
# 1 bungkus mi kuning (untuk empat orang makan)
# 1/2 cawan kerang rebus
# 1/2 cawan udang sederhana, buang kepala
# 2 biji telur, pukul sedikit
# 3 tangkai sawi, potong 2 inci
# 2 cawan tauge, bersihkan
# 1 cawan kucai (potong mengikut kreativiti anda untuk menghias)
# 1 biji cili merah, hiris nipis
# 1 keping tahu, kiub dan goreng
# 2 sudu besar cili boh (cili boh untuk mi goreng mamak berbeza dengan gorengan biasa kerana dicampur dengan belacan dan hendaklah dibakar sebelum ditumbuk bersama bahan lain dan digaul bersama cili boh berkenaan)
# 1 kiub perisa
# 3 sudu besar sos tomato
# 3 sudu besar serbuk kacang sate atau pecal
# Kicap manis
# Garam secukup rasa
# 3 biji telur rebus
# Bawang goreng
# Limau kasturi
# Daun sup dan daun bawang

Bahan tumbuk:
# 3 ulas bawang putih
# 3 ulas bawang merah
# 2 batang serai

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.
2. Kemudian masukkan udang dan mee. kacau lagi. Masukkan telur, kerang, kicap dan sos tomato. Kacau lagi kemudian masukkan sawi, kucai, tauhu serbuk kacang, cili.
3. Akhir sekali masukkan tauge. Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.
4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus, hirisan limau kasturi, daun sup dan daun bawang.



Ok...nk kemas rumah, nk masak, nk mandikan si toncet, .nak buat itu ini...ooo..banyaknyer kerja..

1 ulasan:

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡