Ok..semalam kami membuat pembenihan ikan keli demi memenuhi permintaan kedai runcit dan kedai makan sekitar bangsar dan puncak Jalil. Permintaan terhadap benih keli juga meningkat, so terpaksa lah buat...rezeki jangan ditolak..Sebelum ni kami berehat sebentar sbb aku mengandung, so Jebat takmo inject/bedah ikan masa aku mengandung..konon....
Ni baby dh 3 bulan, so kami mulakan balik bisnes kami ni. Gambar2 dibawah ni adalah proses-proses yang kami buat semalam. Tak bawak masuk OT pun, buat kat belakang umah jer.. sebab tempoh masa membelah perut ikan ni perlu amik masa selama 5 minit jer. So kerja kena cepat, dan kalo lebih dari masa 5 minit tu, peratus kejayaan adalah rendah, dan benih yang terhasil pun kurang baik dan bermutu.
Banyakkan telurnya. Jika menjadi semuanya, dapatlah lebih kurang 70-80 ribu anak benih. Tapi jangan ingat akan hidup semuanya. Keli ni jahat sikit, mana member dia yang lemah, dia akan makan.
Dalam masa yang sama, perlu membelah keli jantan. Proses diatas tu ialah cara bagaimana nk matikan ikan keli. Kat tempat pisau diletak tu lah urat nyawa dia. Potong di situ hingga putus dan keli tak akan bergerak lagi. Kalo tidak, susah jugak ler nk operate perut dia nanti sbb dia masih bergerak...
Tengok sirip keli yang menaik tu? itu tandanya keli tu masih idup, masa ni urat nyawa dia belum kena pisau lagi. Sebab tu nk pegang mesti kena kuat. Ikan plak bukan kecik2 ikan. Sebesar 2-3 kilo seekor.
Ni plak proses membelah perut induk keli jantan. Aku guna gunting jer..
ni baru sikit jer darah, sbb ikan pun kecik jer, kalo lagi besar ikan, lagi banyak darah.
Proses mengeluarkan sperma.
Gunting lagi..
Darah dah mula keluar. Sperma tu kena dikeluarkan cepat
Inilah dia rupanya sperma yang diambik dari perut induk jantan tu.
Sperma yang diambil tadi dibersihkan daripada darah dan kemudian dipicit ke dalam telur
Telur yang sudah sebati dengan sperma dilepaskan ke kolam pembenihan.
Kena ada oksigen la sikit.. selepas tempoh 24 jam, sudah kelihatan bintik2 putih dan telur akan menetas..so TUNGGU !!!
Opss.... induk Keli Jantan yang mati tu takleh dimakan yer..terus kena tanam. Sebab keli jantan tu dah diinject dengan hormon. Ada satu kes, lepas keli jantan tu mati, tuannya tak tanam, tapi diberi makan kat kucing...tak lama lepas tu, terus kucing tu MATI...so sapa yang rugi..mereka dan keluarga mereka..kahkahkah....
Tapi induk keli betina boleh hidup dan ia boleh mengeluarkan telur sebanyak 3 kali jer..lepas tu keli betina tu pun monopos..hehehe... (sebelum dilepaskan semula ke kolam, induk keli betina harus dikuarantinkan (tempoh berpantang ler.. selama seminggu). Dan selepas 6 bulan baru dia akan bertelur semula dan boleh diambil telurnya lagi.
Ingat yer korang, kalo induk keli betina yang telah diinject hormon, kita tak elok lah nk makan, mana tau, kang asyik mengawan/beranak jer..kan naya tu....Sbb tu jangan beli keli yang bersaiz besar lebih dari sekilo dan ada tanda dikepalanya. Itu tandanya ikan tu telah disuntik hormon. Selalunya ikan keli betina yang monopos akan dilepaskan ke tasik2 atau sungai untuk hidup, dan kalo nasib tak baik ada plak yang pancing...haaa..jangan ingat dapat rezeki besar yer...ikan tu tak seharusnya dimakan...
Ok...itulah cerita aku kali ini...fuhhh..penat aku masukkan gambo...semoga korang puas hati... lepas ni aku akan update gambar anak2 benih yang terhasil...
Sampai sini dulu...BYE !!!
wah..menarik giler aku tengok ni..tapi aku sian la pulak kat keli jantan tu..sebab kena bagi matikan..dah tu ko masak la ye keli jantan tu?
BalasPadamcikMin cayang..keli jantan tu takleh makan, terus kena tanam jer.. tp keli betina tu masih idup, dan dilepaskan balik ke kolam. Keli betina boleh keluarkan telur sebanyak 3 kali jer, lepas tu dia pun dh monopos..hehehe...
BalasPadammcm masuk kelas nak doktor haiwanlah pulak heheh..
BalasPadamtq! ilmu baru...
min, ko mesti tak abis baca ni..penat noorma kata keli jantan takleh makan sampai mati kucing tu..hehehe....good infolah noorma and semoga success lagi yaa...
BalasPadamaku tak makan keli...taktau ler kot esok2 aku turun kl ko masak aku leh telan..ekekekek...
fuh...best bace proses pembenihan nih...baik tul kak noorma cakap jujur je..rasanya kat dlm tv pun tak jujur cam nih... hidup kak noorma!!
BalasPadamsalam noorma...pnh tgk ni kat dokumentari tv...kami doakan semoga bisnes noorma smkin maju ya! p/s...sedap klu dpt ikan keli goreng belado :)
BalasPadamShah p kursus ke sebelum ni? ada plak dia masa ek..ingat kerja je
BalasPadamOOOO cam ni ghupanya...he he 1st time tengok ni...ingatkan bio je secara semulajadi...kalau x buat cam ni hasilnya sikit ke? Respect betul kat noorma berani memproses keli ni...E-na mmg penakut dgn keli, x pernah pegang..he he dan mmg x makan keli...;-p
BalasPadampssstt : tqvm untuk info yg sungguh manarik n informative...semoga terus maju!
salam kak noorma..
BalasPadamada sedikit pandangan daripada saya yg ingin berkongsi..
1.keli jantan tak perlu disuntik hormon kerana itu hanya membazir.
2.bintik2 putih itu adalah telur yang rosak.
3.jika menggunakan suntikan hormon istilah keli organik itu sendiri telah salah digunakan.
saya mengucapakan terima kasih pada kak noorma kerana membuat entry yang bagus sekali tentang pembenihan ikan keli.Ada juga ilmu baru yang saya dapat daripada entry kak noorma.
wuwaaaaaaaaaaaaa...........kejam nya.. mati sia2..
BalasPadamtapi nak wat canne.. :(