Rabu, 7 Julai 2010

Kari Udang

Salam...seronoknya kalo hari2 laki balik cepat kan.. hari ni pukul 12.00 dh sampai umah. Alamak, aku cuma megi goreng segera jer, sbb dia kata balik lambat..apa lagi, terus keluarkan apa yang patut dan tung tang tung tang kejap. Sambil tu dia tangkap ikan tilapia dan masukkan dalam plastik. Ada orang order katanya.

Inilah hidangan ringkas kami tengahari ini. Stok kat dalam freezer tu dh pun luak. Petang/malam nanti cadang nak pegi pasar borong beli barang2. Sapa nk ikut?? hehehe

Kari Udang + Kentang + Karot

Sambal telur goreng mata kerbau. Paberet aku ni....

Hanya ada ulam daun salad jer..bantai ler..cicah ngan sambal tempoyak

Pembuka selera, ikan masin.




Cerita hari ini: Dah lama jugak kami sekeluarga tak pegi umah mak mertua aku. Bukan jauh pun, kat Cheras tu jer.. kalo jalan kaki dari pagi, mungkin tengahari la sampai, tp kalo naik kereta 15 minit jer...wakahkahkah..Malas nk layan kerenah orang tua yang banyak mulut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡