Isnin, 14 Jun 2010

Roti Saj & Ayam Bakar Mayonis

Minum petang hari ini aku mencuba la buat roti saj. Mmg popular kat blog kengkawan. Aku jer yang ketinggalan keretapi.


Resipi amik kat umah Kak Asma dan dh diedit sikit. TQ akak...

Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung
1/2 st garam
sedikit minyak

Cara membuatnya
Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung.
Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
**Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.


Ayam Bakar Mayonis

Bahan²8 ketul drumstik - haniss guna semua bahagian ayam
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2cm halia - tumbuk

Cara caranya
Perap dengan semua bahan-bahan diatas dalam 1/2jam kemudian bakar. Lagi lama perap lagi sedap




OK....sampai sni dulu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡