Jumaat, 4 Jun 2010

Apam Balik

Salam semua...hari ni kami minum petang dengan apam balik. Dah malas nk beli kat pasar malam, sebab kacang dan jagungnya ciput jer. Bila buat sendiri, ikut suka hati ler nk letak banyak mana. Tapi kata laki aku, kalo jual tak boleh buat macam ni Yang, tebal, kacang dan jagung banyak..rugi kita...hehehe... (sapa plak yang nak berniaga abang oiiii....) Laki aku ni memang taww, tiap kali aku buat kuih, dan dia rasa sedap, mesti dia suruh aku bukak gerai...cisss...



Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2:
Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1 jam.

Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn

Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. Terpulang nak wat tebal mana.

Tutup dgn tudung kuali atau apa saja yg buleh menutup kuali tu sehingga setengah masak. Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat. Sapukan sedikit mentega/merjerin kat atas kulitnya. Siap dan bolehlah


Senang hati....











4 ulasan:

  1. salam kak noorma,
    *clap *clap. cayalah kak noorma. dah sebjik macam orang jual kat gerai tuh. nape saya buat aritu nak naik gebu camni... teringin3x...
    Memang patut saya buat sendiri. salin resipi...

    BalasPadam
  2. buat sendiri memang puaskan tapi nak buka kedai tu hehe tak sanggup:)

    BalasPadam
  3. aku,hb dan anak2 lebih suka makan apam balik yang jenis rangup tu... walaupun berkali2 pernah tercucuk kat lelangit heheheee tapi tak jugak serik2 nak makan apam balik yg jenis rangup.

    menjawab soalan ko pasal oven aku tu... jenisnya oven saje.takde dapo di atasnya. oven letrik sepenuhnya + fan.

    aku pun ada dapo mcm yg ko punye tu...atasnya dapur 4 tungku dan bawahnya ade oven guna gas, kan?dah berkali2 juga aku gunakan oven gas tu dan banyak juga dah jasanya kat aku selain menggunakan oven kecil aku tu.

    tapi dari pengalaman aku menggunakan oven gas tu, kalau utk bakar kek tak sesuwei sungguh sebab kek jadi kering dan rapuh.senang patah dan jadi menyusahkan kerja untuk bahagi 2.kena pulak pandai2 ejas api dan habanya. kalau panas sangat takut bahagian bawah kek/biskut/puff hangit. kalau kurang panas, kek bantat, permukaan biskut jadi tak cantik dan puff jadi kepek tak kembung.dalamnya tak masak.

    pokoknya pada aku yg nak kerja senang aje ni, memang cerewetlah nak gunakan oven tu. apinya bawah saje, takde api atas.tu yg ko kene sentiasa tgk & waspada.

    hah, itu saje rasenya yg aku dapat kongsikan pasal oven gas tu...tapi orang dulu2 suka pakai oven camni erk... xpert tul deme kawal api...aku tak pandai...

    BalasPadam
  4. Peh! sedapnya nampak. ni makan panas2 sedap ni. apam balik makanan kesukaan mak ieta. kalau dia pg pasar malam memang tak sah kalau tak beli. ieta pon suka. kalau letak jagung lebih lagi sedap. heheheheh tq

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡