Salam semua..boringnya malam ni, takde citer best, so boleh update blog. Ni hidangan malam ni, dh lama teringin nk buat. Tapi mix herb tu takde, so KIV dululah... Hari tu terpandang ayam ni kat umah Nurindah, pas tu menjelma plak kat umah kak Ina KL, Hana, Umi dll. Tak leh jadi ni..kena cuba jugaklah...
Resipi amik dr umah kak Umi Kuantan..jauh beno merantau cari respi...
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Hana gune gula perang (*akak pun)
2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-cara:
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )
Rasanya?? sedap...sebab ada herba2 tu.. lain kali boleh buat lagi kot...tapi lepas ni nk cuba ayam bakar mayonis plak. Akan dibuat dalam masa terdekat ni. Sesuai gak kalo dipadangkan dengan Nasi Ayam rasanya. Minggu lepas sibuk memanjang, so takdelah hidangan nasi ayam di rumah kami, jadi minggu ni kena jugaklah masak nasi ayam...
Ok..sampai sini dulu...Slamat Malam semua !!!
salam kak noorma,
BalasPadamapa khabar kak? cedapnya ayam kenny. semerbak bau sampai rawang nih. hihi..
Maaf ya kak tak gi kenduri. kami berdua batuk-batukan..huhu. memerap kat rumah jer. Takziah buat pakcik Hubby kak ya.mesti kelam-kabut family kak aritu.
Salam cium buat baby. Moga Zharif Rayyan membesar sihat dan kuat dan jadi anak yang soleh... :)
eloo noorma..elok sangat ni makan ayam panggang ni dgn coleslaw aku ha..hehehe...baru ni aku pi kenny times square..hampagas servis diorg..!
BalasPadam