Ahad, 23 Mei 2010

Alhamdulilah..dh selesai majlis

Salam semua...alahai..dh lama tak updatede blog ni...

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.Terima kasih pada yang sudi hadir. Harap berpuas hati dengan masakan aku yang tak seberapa (ayam masak merah, pajeri nenas, acar rampai, ikan keli bersira sambal, ulam2, sambal belacan, ikan masin, telur masin)..haa..semua lauk tu aku masak sendiri tawwww...kecuali kari kambing, sbb kambing tu orang yang sembelih akikah tu yang masak skali.

Namun pada pagi yang sama, suamiku kehilangan bapa saudara. Kami sepatutnya pegi melawat arwah sebaik sahaja habis majlis kenduri ni, tapi tak kesampaian, tuhan lebih sayangkan dia.. Mak mertua aku menangis berguling2 sbb tak dapat melawat abangnya. Pada masa tu hanya aku dan adik ipar aku jer yang ada. Kelam kelibut kami dibuatnya..

Disebabkan ada kematian, mak mertua aku terpaksa pergi menziarahi jenazah abangnya. Perginya dengan abang ipar dan adik ipar aku. So yang tinggal kat rumah hanya aku dan Hang Jebat. Nasib baiklah semua lauk2 dh siap masak. Memang tak memang tanganlah dibuatnya. Nasib baik ada kengkawan yang sudi datang menolong. Terima kasih pada Zarina, Kak Wan, Rozaida dan lain yang sudi membantu.

Gambar2 majlis ni pun Hang Jebat yang snap, itu pun sikit jer, dia sibuk nk kena basuh pinggan mangkuk, dan buat itu ini.Maaf yer semua, ini jer gambar yang sempat kami ambik.


Ni kumpulan Marhaban An-Nazihah dari BK6. Terima kasih kerana memeriahkan majlis kami. Memang best !!

Rayyan sebelum cukur jambul. Mula2 tu dia diam jer dok kat tengah2 tu, lelama boring plak, menangis la, dia melepas laa...dan lain2 hal lagi...

Masam jer muka mak mertua aku. Maklumlah kehilangan abang tersayang. Tapi dalam masa yang sama kena uruskan majlis cucu.

Rayyan masa acara cukur jambul. Menangis plak dia masa ni. Agaknya dia tau kot rambutnya kena potong.

Selain marhaban, aku juga buatkan doa selamat dan tahlil. Kumpulan ni jugak yang menguruskan semua tu.

Majlis Marhaban ni bermula pada pukul 9.30 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Mujur jugak aku jemput tetamu untuk datang makan pukul 12. Kalau tidak, jenuh diorang menunggu.

Ibu dan anak setelah selesai majlis marhaban.







Sampai pukul 8.00 malam pun still ada lagi tetamu yang datang. Maklumlah ada orang bekerja pada hari Sabtu. So diorang datang lepas kerja. Tapi yang bestnya kengkawan laki aku, siap serbu dengan lori TNB lagi.

Terima kasih jugak buat Kak Ina KL yang sudi datang.Tapi kak Ina makan sikit jer lah..katanya nk ke tempat lain lagi. Tak sempat jugak nk snap gambo sbb takde kameraman. Nanti aku rembat ler gambar dr blog kak Ina jer...

3 ulasan:

  1. innalillah..takziah buat MIL kak noorma...dan alhamdulillah majlisnrayyan berjalan lancar...

    BalasPadam
  2. salam noorma, tahniah dan takziah sekali. tiap yg hidup pastikan mati, semoga ruh arwah bersama ruh orang2 soleh. alhamdulillah segalanya lancar w/pun ada kematian. semoga MIL noorma tabah.

    p/s: rayyan dah begitu besar dah... cepatnya ms berlalu. rasa cam noorma baru je bersalin.

    BalasPadam
  3. thanks noorma dapat tapao...jimat belanja aku..hehe

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡