Kuningnyer lauk ni... santapan untuk raja ker?? aah.... ini hidangan/lauk untuk Hang Jebat ku itu... lauk paberet dia ni.. Memang dh lama duli yg maha mulia tu tak malam gulai lemak ni... cian kat dia..
Aku? eee...tak makan ler lauk cenggini. Menambahkan lemak & kolesterol dalam badan.. Sia2 lah makan ubat itu ini, nk cantikkan bdan, kalo aku makan benda cenggini...tp jemput sikit ler isi ayam tu..rasa...jangan kempunan lah katakan...wakahkahkah....
Resipi ni daripada arwah makcik (makngah) aku kat Shah Alam. Masa tunggu keputusan STPM, aku dok umah makngah aku ni. Masa tu ler aku belajar masak lemak ayam ni. Untuk pengetahuan korang, masa kat kg, aku memang tak tau yang ayam boleh buat masak lemak. Setahu aku ikan jer..Almaklum ler..mak aku tu anak mummy, so manalah tau respi2 ala kampung mcm ni. Dia masak kari, kari dan kari jer..(my mom expertise) ..ish, banyak plak membebel...meh ler tgk respi nyer
Bahan-bahan
-ayam secukupnya (aku buat 7 ketul, saiz sederhana)
-15 biji cili padi kampung (ikut suka pedas mana korang nk)
-2 ulas bawang merah
-1 inci halia
-1 sudu kecil jintan manis
-1 inci kunyit hidup (kalo takde ganti kunyit serbuk yer)
-1 batang serai-diketuk
-santan secukupnya
-garam, perasa
-1 keping asam keping
-2 biji ubi kentang-dikerat 4
Cara-cara
-Tumbuk/blender cili padi, bawang merah, halia, jintan manis dan kunyit hidup sampai lumat/halus.
-Dalam periuk, masukkan ayam, santan dan bahan2 yang diblender/tumbuk tadi dengan serai yg diketuk dan asam keping.
-Tambah garam secukup rasa (masukkan garam dulu utk elak santan pecah minyak)
-Masukkan ubi kentang.
-Masak semua bahan dengan api perlahan hingga ayam masak & ubi empuk.
-Boleh tambah serbuk perasa. Kecilkan api dan biar mereneh sebentar.
-Siap !!!
(sambung balik citer kat atas tu..)
Bila dh kawin, rupanyer laki aku suka makan masak lemak. So aku pun masak ler.. tp asyik fail jer.. selalu pecah minyak (santan berketul2) Aku banyak tgk rancangan masakan dan jumpa petua2. Pertama, macam aku cakap kat atas tadi, masukkan garam dahulu, kalo boleh masa tumbuk cili & bahan2 lain tu. Nanti takdelah santan tu pecah lemak.
Yang ke dua, sebaik sahaja lauk tadi masak, jangan terus tutup periuk dengan tudung periuk. Nanti, kuah lemak tu tak cantik. Sebaiknyer dibiarkan sejuk dahulu sebelum ditutup.
Dan ketiga (ni mak mertua aku bagi petua), apabila lauk tadi dh masak dan ditutup apinyer, pindahkan periuk ke tempat lain dan tinggalkan senduk aluminium dalam periuk gulai tu.. (ish..korang faham ker?? ) kalo korang guna senduk plastik untuk memasak pun takde, tp bila gulai tu dh masak, amik ler sudu aluminium dan masukkan ke dalam gulai tadi. Biar dia sejuk sendirinyer..
Tapi kan, korang perasan tak, fungsi senduk/sudu aluminium tu sebenarnya hendak cepat sejukkan gulai tu. Macam petua no 2 tadi tu lah... ish,ish,ish...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡