Isnin, 5 April 2010

Donut gebu

Minum petang hari ini, aku buat donut la plak. 2 minggu sudah pun ada buat gak, tp tak sempat plak nk snap gambar. Masa tu kami sibuk hantar stok anak2 ikan tilapia ke bukit antarabangsa. Sebelum pegi, aku dh siap uli dan terap donut tu. Bila balik, donut dh elok naik dan terus ler goreng. Sibuk ngan anak2 dan laki sampai tak sempat nk tangkap gambar...

Hari ni buat lagi. Inilah respi mudah untuk bagi anak2 ngap diwaktu petang. Diorang tu bila bangun tido mesti lapar. Takkan nk bagi makan megi atau biskut kering jer...

Resipinya? sebenarnya aku main campak2 jer bahannyer. Tak ikut sukatan pun..he,he..bukan dh expert tapi malas..main agak2 jer la..kalo menjadi-alhamdullillah...tp kalo keras membatu atau adunan tak naik, aku campak jer dalam sungai belakang umah ni. Kasi ikan2 makan adunan tak jadi tu... kira sedekah ler jugak...wakahkahkah..

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improverlist
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
gula halus untuk menyalut donut

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula


Hari ni citer Na O Mei last episod...tak sabar nk tengok !!!!


3 ulasan:

  1. ini kira dah expert buat donat ni hehe anak anak mmg suka donat.berbaloi menbuatnya.

    BalasPadam
  2. alamak..rsa lapar lah pulak..mane nak cari donut mlm2 bute ni huhu

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡