Rabu, 3 Mac 2010

Beef Prosperity Burger

Salam....

Malam ni kami makan prosperity burger ala Mc D..he,he... sebenarnya aku ni tingin nk makan Mozza Burger A&W, so suruh ler hubby belikan (kat stesten Petronas Kinrara tu jer...) tapi malang nasibku, bila sampai jer hang Jebat kat sana, restoren A&W tu dh pun takde...kononnya pindah tempat lain.. (itu citer laki aku ler..kalo dia tipu tak tau ler aku....aku pun tipu ler citer kat korang)

Akhirnya, bila blogwalking kat umah kengkawan, jumpalah respi burger ni.. daging burgernya cilok dr umah Hana, dan respi sosnya amik kat umah Ita (dua2 dok Jepun) thanks sesangat.....kalo tak, kempunan aku nk makan burger...

Resipi burgernya leh amik kat sini yer...
Bahan-bahan

•Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung
•2 sudu besar breadcrumbs- tak letak pong
•beberapa keping slice cheese @ cheese lain
•1-2 sudu besar susu segar - aku ganti ngan susu tepung
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging

•Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.


Bahan Sos Lada Hitam
•2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
•1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
•1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar - cincang
•2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•1 sudu mentega/ marjerin
•2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
•garam dan gula - jika perlu
•1 sudu besar sos cili (i added)

Cara-cara
•Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
•Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
•Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
•Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
•Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
•Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

Kat umah ni, hanya tinggal 2 burger bun jer, so untuk anak2 lapikkan dengan roti sandwich jer. Untuk mak & bapaknyer, pakai ler burger bun.... untuk daging burgernya, aku ikut style Hana, masukkan slice cheese kat dalamnyer...memang sedap ooooo... hubby pun puji... anak2 apa lagi, sampai licin makan.... versi kali ni, aku letak bawang merah biasa jer, sbb bawang holand tu dh balik kedai..he,he....

Sesapa yang belum buat tu, cepat lah buat..memang sedap, tanggung puas hati... percayalah....

Sekali lagi, ribuan jutaan million terima kasih untuk Hana dan Ita sbb sudi kongsi resepi. Sayang korang!!!

2 ulasan:

  1. yummmy! sedap tu. dah masuk list tapi tak tahulah bila dpt buat hehehe...

    BalasPadam
  2. hang jebat ko dah di inggeriskan ke?wakaka bukan main lagi puji sedap ye...ha,baru tau!!!ekekekeee

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡