Rabu, 17 Februari 2010

Roti Manis

Alahai....hajat dihati nk buat roti boy, tapi tak kesampaian...banyak plak kaedahnyer...last2 buat roti manis jer..senang citer, leh cicah ngan air milo. Kali ni idak ler menguli ngan tangan. Suruh ler khaddam besi tu buatkan.......wakahkahkah.......



Bahan-bahan ( 10 bijin bun )
•150 gram tepung roti
•100 gram tepung gandum
•140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
•2 sudu besar gula
•2 sudu besar susu tepung
•2 sudu besar marjerin atau butter
•1/2 sudu kecil garam
•1 sudu kecil yis
•1 sudu kecil bread improver

Cara-cara
1.Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2.Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4.Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..








1 ulasan:

  1. Salam Kak Noorma,
    Akak ape khabar? dah dua hari senyap ke dah pegi spital?

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡