Khamis, 12 November 2009

Roti John & Roti Gulung Sosej

Ni hidangan minum petang hari ini. Ada sosej bun 3 ketui...ish, rasa macam tak cukup la plak...(time perut kosong, mmg rasa sume benda tu tak cukup jer....)
Penyelesaiannyer, ambik sosej 3 batang dan roti putih 3 keping. Buat plak roti gulung sosej...haaaa...barulah cukup.......

Roti John yang ringkas dan senang nk buat. Teringat plak kalo balik Melaka, selalu beli roti john kat pekan Sungai Udang...mmg best....

Bahan-bahan
>3 buku roti sosej -dibelah 2
>2 biji telur
>1 buku ikan sardin (boleh tambah dengan sedikit kuah sardin)
>1 ulas bawang besar-dipotong dadu
>garam dan perisa

Cara-cara
1.Sardin dilenyek hancur. Kemudian, masukkan bawang besar yang dipotong.
2.Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sardin tadi. Kacau rata
3.Panaskan kuali leper, dan lenserkan sedikit mentega
4.Ambil sesenduk adunan telur dan tebarkan. Biar rata mencukupi permukaan roti sosej tadi.
5.Bila agak masak, tangkupkan roti sosej tadi ke atas telur. Biarkan seketika.
6.Terbalikkan sekejap roti tu...dan bolehlah diangkat....siap.... opppsss...ada lagi..
7.Sapukan sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Boleh letak timun dan daun salad jika suka. (anak2 aku tak makan sayur, so tak letak ler sayur...)
Bolehlah dihidangkan....

Roti Gulung Sosej. Resepi dh ada bwah tag 'roti'.

8 ulasan:

  1. wahhh roti john ni memng peberet klau time bulan posa..tp xpernah buat sendiri lagi..nk kena cuba neh.

    BalasPadam
  2. zai- resepi yg senang jer..tak perlu tumbuk menumbuk..mcm buat telur dadar jer..tp ni saya letak inti sardin, kalo inti ayam/daging pun sedap gak...

    BalasPadam
  3. sedapnye roti john tu...leh cube nih...selalu beli je...hehe

    BalasPadam
  4. Sedapnya roti john sardin...nak seketoii

    BalasPadam
  5. allkmurni-kat umah akak ni, kalo beli tak cukup...buat sendiri puas hati...

    Ena Zarina- sayang seribu kali sayang, roti john tu pinggan pun dh masuk, bekas tong sardin ada ler...ha,he.....takpe, nanti ena datang, akak buat kan yer..

    BalasPadam
  6. Salam kak Noorma,
    hihi. kalu saya tumpang makan laaagi tak cukup kak. ;)

    BalasPadam
  7. indahhouse- takpe, sedikit sama dikongsi..kalo tak cukup, akak g kedai, beli roti dan masak lagi...

    BalasPadam
  8. lamanya dah tak makan roti john..akak anta laa seketui dua ke sini..huhu

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡