Selasa, 7 Julai 2009

Jom cuci mata jalan2 kat Kuala Kangsar

Hari ni aku masak macam biasa, tp saja nk share dengan kengkawan lain yang belum pernah sampai ke Bandar diRaja Kuala Kangsar..... tempat dimana aku dibesarkan.



Inilah jam besar Kualer...lambang Kuala Kangsar. Terletak di tengah-tengah pekan Kuala Kangsar. Cerita orang tua dahulu, sewaktu banjir besar yang melanda Kuala Kangsar satu ketika dulu, paras airnya mencecah ke paras tertinggi jam ni. Hanya nampak puncaknyer sahaja. Sekarang jam ni dh lawa. Waktu malam disimbahi dengan cahaya lampu yang berkerdipan

Inilah sekolah aku. Permandangan dari bawah. Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom. Sekolah untuk pompuan jer tau. Terletak nun di atas Bukit Midah. Aku sekolah sini start dari form 5, lepas ditukarkan dari sekolah di Kulim Kedah. Ayah aku masukkan aku ke sekolah ni sbb tak nk aku bercampur dengan bebudak lelaki, sbb aku ni suka bergaduh..gengster la katakan...abah kata, kalau asyik bergaul dan bergaduh dengan bebudak lelaki, harapan nk masuk universiti memang tipis la... Lagipun masa dulu, kakak aku pernah mengajar kat sekolah ni, (cikgu Salmah) Kawan2 kakak aku pun masih ada lagi (cikgu Maznah, dll ) so diorang bolehlah tengok aku...konon la....



Ini pintu masuk utama sekolah aku...naik dari atas yer, bukan dari bawah tu. Kat bawah tu pintu masuk kecil jer.. setiap pagi bas sekolah akan hantar kami kat sini, tapi kalau driver bas tu dh lewat, dia hanya turunkan kami kat jam besar kuala tu dan kami terpaksa berjalan mendaki bukit...memang penat....berpeluh satu badan. Sampai jer dalam kelas, bukak kipas laju2.


Ni makmal sains. Subjek yang aku paling tak suka, sebab cikgunyer garang. Maaf yer cikgu Nazipah. Sekarang ni cikgu Nazipah tu dh jadi pengetua di sekolah ni... dulu cikgu Nazipah ni guru disiplin. Mukanya yang serius memang layak untuk jawatan tu. Payah benar nk tengok cikgu Nazipah ni senyum. Paling aku ingat ialah cubitannya di pinggang aku sebab aku tak siapkan kerja sekolah yang diberikan...aduhhhh...... sampai berair bijik mata aku..




Ni dewan puteri. Baru je dibuat. Masa aku dulu, tempat ni ialah kawasan rehat para pelajar. Ada rumah2 kecik didirikan kat sini. Kalo takde kelas, aku lepak kat sinilah. Dan kalo aku ponteng kelas pun, aku lepak kat sinilah jugak. Sib baik cikgu tak dapat tangkap. Ponteng subjek agama islam jer...



Yang bangunan besar tu asalnya ialah kediaman residen British, J.W.W Birch sutu ketika dulu. Kamar tidurnya menjadi bilik pengetua. Memang seram bangunan ni. Blog disebelah tu dahulunya ialah bilik tukang masak. Kini dijadikan perpustakaan. Manakala tempat menyimpan kuda dijadikan tandas.


Kata orang, di kawasan sekolah ini ada 7 lorong rahsia. Entah la..aku pun tak tau..tapi biasalah kan, zaman dulu lorong rahsia ni memang wujud, untuk menyelamatkan diri dari musuh.



Memang best sekolah kat sini. Kawan2 pun ramai dan baik2 belaka. Sampai sekarang aku masih lagi contack dengan diorang tu sume.... Cikgunya pun hebat2, kalo tak takkan lah sekolah ni mencatatkan keputusan yang baik setiap tahun. Tambah plak keputusan STPM. Setiap tahun 100% lulus tau. Terima kasih cikgu kerana melahirkan insan cemerlang.


Inilah blog kelas aku. Kat tingkat satu tu kelas aku masa tingkatan 5. Kelas 5EA. Aku amik aliran ekonomi. Tak amik subjek agama tau, aku amik Pendidikan Seni. Macamlah teror sangat melukis...setakat dapat B jer..ok lah...sebenarnya aku tak brapa yakin untuk amik subjek agama, lebih2 lagi bab hukum tajwidnyer.
Lepas tingkatan 5, dengan kelulusan pangkat 2, agreget 25, aku hanya dapat offer ke ITM Shah Alam untuk jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah, tapi ayah aku tak bagi pegi, kononnya kursus tu tak menjaminkan masa depan. So dia suruh amik tingkatan 6. Aku ikut jer...Kat tingkat atas sekali tu kelas tingkatan 6 aku. Kelas 6A1. Kelas yang memenangi pertandingan Kelas Tercantik sepanjang tahun...bangga ooooo Aku plak dapat keputusan STPM yang baik. Top 5 student...alhamdulilah....





ok...cukuplah kisah sekolah aku, kang korang muak plak...ni citer tempat2 lain plak yer...tempat2 menarik di Kuala Kangsar

Inilah Muzium Kenangan atau Istana Kuning. Warnanyer pun kuning kan. Istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun. Boleh percaya ker??




Didalamnya tersimpan gambar2 sejarah kesultanan Perak. Dibuka untuk pelawat, dan bayaran masuk adalah percuma.


Inilah jalan untuk ke istana sultan.


Pintu masuk istana Kuala Kangsar.


Istana Kuala Kangsar. Aku pernah masuk dalam istana ni sekali. Itupun masa mengikuti rombongan sekolah. Kalo tak, tak merasa jugak. Memang cantik kat dalam tu....tapi ada tempat2 larangan yang rakyat biasa tak boleh jejakkan kaki.


Istana ni dapat dilihat dari muara sungai perak. Macam istana Melaka, sume terletak atas bukit. Kalau ada ancaman luar, istana mesti dilindungi.


Ingat lagi tak pintu gerbang ni. Tragedi di Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu....

Inilah masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Masjid di raja. Suami aku teringin nk sembahyang raya kat sini, tapi masih tak kesampaian.

Bersebelahan Masjid Ubudiah ni ialah Makam diraja.

jambatan kedua yang dibina untuk menghubungkan kampung Sayong dengan Kuala Kangsar. Kalau dulu, orang kampung nk ingin ke pekan terpaksa menggunakan jalan yang jauh. Kini dh senang dan dekat.


Rumah Rehat Kuala Kangsar. Juga terletak kat atas bukit. Sebelahnya rumah banglo pegawai daerah Kuala Kangsar, dan sebelah rumah banglo tu, sekolah aku...he,he....
Sapa yang ingin ke Kuala Kangsar, bolehlah bermalam di sini. Harga pun murah jer, cuma rm130.00 semalam untuk double bed.


Pekan lembah. Tempat peniaga menjual segala jenis makanan, dan kuih-muih tradisional. Tidak lupa juga barangan cenderahati seperti labu sayong, keris, pisau dan lain-lain.


Along sedang menikmati ABC...memang sedap...Masa ni si adik tengah syok tido dalam kete.




Nampak tak bot tepi tu. Bot itulah yang menjadi pengankutan awam di Kuala Kangsar. Walaupun dh ada jambatan baru, tapi sesetengah orang kampung masih suka naik bot ni. Kalau zaman sekolah aku dulu, sekali naik cuma 30 sen jer. Aku pernah naik sekali, itupun tanpa pengetahuan mak dan abah aku. Saja nk merasa. Masa dahulu belum ada penggunaan jaket keselamatan, dan risiko atas tanggungjawab sendiri..kira bahayalah tu....


Sapa kata Kuala tak maju. Cuba lihat seberang sungai tu. Dh ada pembangunan. Nk buat chalet kot...


Sekianlah cerita untuk dikongsi bersama. Kalau korang ada peluang, datanglah melawat ke Kuala Kangsar...Sama seperti pekan2 di tempat lain yang punya keistimewaan tersendiri. Namun bagi aku, walau ke mana pun pergi, aku tak lupa pekan kecil yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Suatu hari aku akan kembali lagi.

1 ulasan:

  1. sy klau blik umah mentua slu gak ke kk ni tp kat pekan dia jer la..beli kain pasang..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡