Ahad, 5 Julai 2009

Apam pasang & Laksa Kuale

Ni aku beli semalam, kat pekan Kuala Kangsar. Ni kiranya kuih orang kuale ler.. kat tempat lain takde kot kuih ni... nama kuih ni APAM PASANG, sejenis kuih apam tepung beras. Dipanggil apam pasang sebab ditelangkupkan menjadi kembar.




Inilah dia kuih apam pasang yang dh lama aku tak makan. Kalo dulu, acuannya bulat jer, tp kini dah advance sikit, buat dalam acuan kuih baluhu kemboja tu. So ada ler berbentuk sikit. Yang menjadi sedap dan istimewa ialah ia dikukus berlapikkan daun pisang.





Sepasang rm2.00. Ok ker? bolehlah..kalau dulu, sepasang baru 1.00. Harga barang dh naik,so harga kuih pun naiklah....

Apam ni macam biasa, sedap dimakan dengan kelapa parut. Tapi makan macam tu jer pun dh sedap...



Seperti yang dijanjikan dengan kengkawan satu ketika dulu, inilah dia rupanyer Laksa Kuala Kangsar. Laksanya diperbuat daripada tepung gandum, manakala kuahnya cair aje. Kalo di Kuala Kangsar, Laksa Pak Ngah yg glamour, walaupun bukan Pak Ngah yg buat. Tapi kuahnya sume cair. Payah la nk jumpa laksa Penang atau laksa Kedah kat pekan Kuala Kangsar tu. Sume laksa mcm ni jer. Agaknya tekak orang kuale dh sebati/biasa dengan laksa mcm ni kot....Entah laaa.....
Aku beli sebungkus besar, untuk 4 orang makan, dengan harga rm6.00. Murah la jugak. Kalau kat KL ni, sebungkus dh rm3.00. Itu kat pasar malam laa.... Tp kalo kat cafe, harganya dh lain...dekat rm10.00 ringgit untuk satu bowl pun ada..... Contohnya dekat Kafe Noraini di tesco Puchong, satu bowl rm8.00 untuk laksa biasa. Macam2 jenis laksa ada dijual kat situ. Tapi takde plak laksa kualer ni..agaknye tak glamour kot...

Kuah laksa kuala ni memang cair giler, masam2 sikit. Ada cebisan2 kecil ikan. Itu yg sedap tu...



KESIMPULAN: Apam pasang dan laksa kuale yang aku makan ni, dh tak berapa kick la. Apam tu dah tak selembut dulu. Kalo dulu, apam ni tetap akan lembut walau disimpan sampai keesokan harinya. Ini tidak. Dh keras, kejong (kata orang perak) Samalah dengan laksa. Kalau ikut tekak aku ni, dalam 5 bintang, aku hanya boleh bagi 1 bintang jer. Itupun dh kira markah kesian. Buktinya, hubby dan anak2 makan pun tak habis. Apa lagi aku. Kuahnya terlalu cair, dan kurang isi ikan. Hanya banyak asam keping. Pendek kata, memang tak sedaplah.....



Mungkin ilmu dari nenek moyang pembuat apam dan laksa kuala ni tidak diturunkan sepenuhnya kepada waris generasi kini. Sayang, kalo beginilah keadaan seterusnya, keenakan dan keunikan laksa kuale akan lenyap ditelan arus zaman. Samalah dengan kuih2 tradisional yang lain, seperti kuih apam pasang, dangai dan limas (tepung pelita) Aku tak berkesempatan membeli kuih2 lain, sbb takde masa.

Sehari di kuala kangsar agak mengecewakan bagi aku. Namun hati sedikit terubat setelah menikmati keenakan cendol dan air batu campur. Masih sedap seperti dulu. Itupun aku beli pada pakcik tua yang masih berniaga cendol sejak aku kecil. Masih panjang umurnya.....
Bila aku nk balik lagi??? entah laa......

3 ulasan:

  1. Gebu jer nampak apam pasang neh... mcm besar pulak saiz dia ye...habes sepasang tue tak sempat nak rasa laksa la kot.hehehe

    BalasPadam
  2. tak pernah tgk la apam pasang tu...sepasang la sbb tu dinamakan mcm tu kut..

    BalasPadam
  3. blog resipi- apamnyer memang lembut dan gebu (lepas kuar dr pengukus la...) sedap dimakan begitu saja...he,he...mcm iklan gardenia la plak

    Kak kamsiah- apam pasang ni hanya ada kat Kuala Kangsar jer kak, tp rasanya sama jer mcm apam tepung beras tu

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡