Isnin, 1 Jun 2009

Takoyaki - My first trial ...

Kah,kah,kah....sebenonyer tak plan pun nk buat benda Takoyaki ni. Tp memandangkan takde benda nk dingap oleh budak2 tu, aku pun buat ler benda kejadah ni... selalu nampak kat umah Fiza, ada yang dibeli dr Jusco, dan ada jugak yg dibuat sendiri. Bila dh banyak kali tengok, rasa teringin la plak. Apa rasanyer yer? so aku pun try ler....

Oh..kiranya ni mcm kuih cara berlauk orang jepun lah yer.. Ok gak rasanya. Si Along kata sedap, dan makan 4 ketul, tp si adik kureng sikit. Almaklum ler..dia kan tekak Hang Jebat. Mana leh masuk international food ni. Dia nk nasi goreng, tp aku wat derk jer...



Korang jangan gelak yer..sbb aku buat dalam acuan kuih bahulu yg berbunga2 tu. Aku memang takde acuan kuih cara. Bahan-bahan nk membuat tu sume ada, aku beli kat Jusco Equine 2 hari lepas. Cuma tak jumpa tepungnyer saja. Terlupa plak nk beli wasabe untuk dicampurkan dalam kicap tu. Hari tu dh pegang, tp aku letak balik..mereng sikit otak aku ni!!!
Nah resepinyer, salin dr umah Fiza. Aku buat sebijik sedebap mcm Fiza tulis ni....

Bahan-bahan
(A)
100g tepung gandum
1 biji telur
Garam
Air

(B)
-IntiKobis - diricik halus
Hirisan Sosej/Udang/Sotong/Stick Crab - Ikut suka & yg bersesuaian

(C)
*Sos Okonomiyaki @ Kicap Lemak Manis - (tp Hana cakap campur sos tiram sikit)
*Fish Flakes ( parutan ikan )
*Nori Halus
Mayonis*
*Acuan takoyaki.

Cara-cara
-Campurkan semua bahan. Kacau sebatikan adunan. Adunan tu sepekat macam nak buat kuih cara. Tak cair sangat, tak pekat sangat.
-Panaskan acuan dan oleskan dengan minyak.
-Tuang adunan separuh acuan dan masukkan bahan2 inti.
-Tuang lagi separuh adunan. Melimpah pun tak apa.
-Nanti kaupkan masuk dalam adunan yg berada dalam lubang acuan. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
-Bila dah masak, angkat. Tuangkan mayonis dan sos/kicap kat atasnya. Taburkan juga fish flakes dan nori halus. Sedia untuk dimakan.




Emm...yum,yum....sesekali kita makan benda merepek mcm ni sedap jugak!!!

3 ulasan:

  1. Ingatkan teriyaki je makanan jepun.. takoyaki pun ada ek...:p

    BalasPadam
  2. heheheeee terjangkit gak ko ye...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡