Sabtu, 30 Mei 2009

Roti Jala dan Kari Ayam

Minum petang untuk hari yg panas ini. Bilalah nk ujan lagi yer?? Panas berdonting ni, takde mood nk tulis banyak2, so layan gambo jer lah...










Sapa nk joint sekali. Meh ler..ada banyak roti jala tuh!!



Jumaat, 29 Mei 2009

Maruku Bijan

Lagi satu snek untuk kengkawan aku yg bakal bertandang ujung minggu ni...sambil sembang2 boleh le makan maruku ni nanti.


Resepi dr akak pulau singa, Kak Fida...thanks akak..sedap maruku ni. Ni dh masuk list untuk biskut hari raya nanti. Nk tengok resepinyer, klik sini yer



Akhirnya, setelah berpanas kat dapur tu, dapatlah 2 balang, satu balang aku dh simpan dh dalam kabinet tu. Yg ni untuk anak2 dan Hang Jebat ku. Kalau tak diasingkan, nanti tak sempat plak nk jamu kat tetamu.






Cornflakes Madu

Dah lama teringin nk makan biskut ni (biskut ker?? ) Tapi takde masa nk membuatnyer. Hari ni, disebabkan Hang Jebat balik petang, dan kebetulan ada kawan nk datang ujung minggu ni, so aku pun buat ler... Ha...pada kengkawan yg nk datang ke rumah aku tu, silalah call dulu, kalo boleh sehari awal..jangan main terjah jer. Ni bukan rancangan Melodi, dan aku pun bukannyer artis...ha,ha.....bukan apa, takut nanti aku bagi korang makan biskut kering jer..tak baiklah macam tu kan..tetamu mesti diraikan...itu prinsip aku...


Resepinya klik sini yer. Thanks to kak ummi e . Tapi resepi ni ada ala2 menderhaka sikit, sbb aku tambah kacang kat dalam tu. Ada la pelbagai rasa...


Lepas masak, cepat2 masuk dalam tupperware dan simpan. Takut nanti tak sempat nk jamu kat tetamu. Tapi adalah sikit untuk anak2, dh bagi diorang rasa.

Pizza for my kids

Untuk anak2 tersayang, pagi ni makan pizza yer....nanti tengahari kita makan benda lain plak. Hari ni Hang Jebat balik lambat, ada interview naik pangkat sebelah petangnyer. Minggu lepas dh pegi, tp interview tu bersambung ke minggu ni plak...leceh betul...bodoh ler engineer tnb tu, dh tau calon ramai, buat ler dari pagi. Ini idak, pukul 4 petang br nk start.

Disebabkan papa tak balik makan tengahari, so hari ni rilex la sikit. Along plak tak pegi sekolah, sbb kat sekolah dia hari ni hanya dijalankan satu sesi jer, so sapa yg sekolah petang ni cikgu nasihatkan tak payah datang...sapa nk datang pun boleh, bukannyer belajo tp diorang wat sambutan hari guru. Main jer lah kat sekolah tu!!

Alamak...terlebih sudah!!! pizza ni padat ngan topping, tp cheesenyer ciput jer..rasanya aku dh tabur elok dh...tp kenapa plak bila dh masak,cheesenyer sikit jer...hentam sajalah labu!!!

Doh Pizza ( Untuk 2 Keping)
Bahan-bahan
-1/2 cawan air suam
-2 1/4 sudu kecil yis
-1 1/4 cawan air (suhu bilik)
-2 sudu besar olive oil
-4 cawan tepung
-1 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
-Masukkan air suam di dalam mangkuk sederhana besar. Tabur yis dalam air dan biarkan 5 minit. Masukkan air (suhu bilik) dan olive oil kemudian kacau rata.
-Campurkan tepung dan garam di dalam bekas yang berasingan. Tuang campuran air dan yis tadi perlahan-lahan sambil menguli. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat.
-Bulatkan doh dan letakkan di dalam bekas yang dioles dengan minyak, tutup dengan plastic wrap.
-Biarkan selama 1.5 hingga 2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda.
-Bahagikan doh kepada dua bahagian dan canaikan.
-Boleh diletakkan toppings mengikut kegemaran dan bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 200 ‘ Celcius.



Khamis, 28 Mei 2009

Kuih Lapis

Dh lama tak buat kuih lapis ni. Ingat hari ni nk g umah mak mertua ku, sbb hari minggu ari tuh, tak jadi g sana. Mak mertua aku suka sangat makan kuih lapis yg aku buat ni. Dia kata elok jer lembutnyer. Ada gak dia mintak resepi, tp dia buat tak menjadi. Nk kena berguru, bayar pengkeras baru menjadi kot..he,he.....



Resepi dr Tulip(Myr). Copy and paste jer dr sana. Senang citer

Bahan-bahan
-1 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
-1 st garam
-2 paket santan serbuk
-1 st minyak masak
-3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
-4 cawan air

Cara-cara
-Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
-Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
-Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
-Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
-Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
-Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
-Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk dan bolehlah dipotong


Aku selalu buat kuih lapis dr resepi Tulip ni. Memang menjadi punyer lah..bukan saja buat untuk makan sekeluarga, tp aku dh pernah buat untuk kenduri tahlil, dan doa selamat. Dan kuih ni jugak yg paling cepat habis...sedaplah agaknyer tu. Dan aku jugak pernah buat kuih lapis pelangi. Cantik!!! .. time kasih lah pada yg empunya resepi, cik Tulip.





Tempe Goreng

Semalam lepas hantar along g kelas kafa, kami terus g ronda2 naik moto. Malam2 memang best naik moto..sejuk jer...ronda punya ronda, terus sampai ke pasar borong...tak beli ikan pun...beli tempe, sbb dh lama tak makan. 1 bungkus 50sen. Biasanya kalau kat kedai, sebungkus rm1.00.



Resepi, C&P jer dr myr Hana tuh...

Bahan-bahan
-5 keping tempe
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu besar ketumbar
-3 ulas bawang putih
-serbuk kunyit
-sedikit garam dan air

BHN UTK SAMBAL KICAP
-segengam chili padi
-2 ulas bawang putih
-gula
-kicap manis

Cara-cara
-Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
-Tumbuk bwg putih n ketumbar.
-Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
-Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
-Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...
-SeLaMaT MenCuBa



Hari ni Hang Jebat balik lambat, so aku makan tempe ni jer..pas tu layan wonderpet ngan Irfan...

Rabu, 27 Mei 2009

Telur Goreng Mata Kerbau

Hari tu, ada tengok Hana letak entri telur goreng ni. Mengancam lah plak. Ada bawang dan cili yg bertenggek kat atas telur kuning tu. So hati aku dh tertawan.Selama ni kalo goreng telur mata kerbau, aku buat macam biasa jer. Tak pernah plak letak segala bawang dan cili.


Apa raaa....entri telur pun nk letak kat sini ker? he,he,he...manalah tau kot2 ada yg teringin plak nk makan lepas ni.... kat umah aku ni, tiap malam mesti buat telur goreng, tak kira telur dadar ataupun telur mata kerbau.

Daging Goreng Kunyit. Peberet anak2.

Ikan Kerisi Berlada

Cukuplah 3 lauk untuk dinner malam ni....harap sume kenyang.



Kuih Dangai

Lama betul tak makan kuih ni. Ni kuih kegemaran arwah ayah aku. Kalo sebelah utara, kuih ni memang banyak la dijual. Kat KL ni pun ada, kat pasar malam...tp aku tak tau cara nk membuatnyer. Kalo yg dibeli tu, kedekut sangat nk letak gula lebih..dh ler takde rasa jer.... Aku takde acuan kuih dangai ni. Dan penyelesaiannyer aku buat lah dalam acuan tat. Ok gak .... jangan marah yer tuan punyer respi!


Resepi dari as75 MYR. Thanks you so much!! copy and paste jer.

Bahan-bahan

-2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave)
-2 cawan tepung pulut (boleh kurangkan jika suka rasa kelapa yg lebih)
-1 cawan gula( manis ikut suke)
-sedikit garam

Cara-cara
-Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
-Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
-Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
-Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong..

:: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga.. :: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg garing2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..


Mee Sup

Takde selera la nk makan nasi. Tekak pun rasa semacam jer... nk buat bubur? huh..kat umah ni diorang tak makan bubur... Dan, penyelesaiannyer masaklah benda2 bersup... Campak jer lah apa2 benda yang ada kat dalam esbox tu. Janji kenyang......



Selasa, 26 Mei 2009

Paprik Ayam

Hidangan malam ni. Terasa nk makan paprik la plak. Makan ngan nasi putih jer. Pas tu goreng telur dadar. Habis citer.... tak sempat dh nk buat tomyam ker, sup ker... takpelah..janji kenyang !!!


Resipi, klik sini yer Dh selalu buat pun sebelum ni...malas dh nak menaip resepinyer...


Kengkawan dinner apa malam ni??

Masak Lemak Rebung + Perut

Hari ni kenalah masak nasi dan lauk. Kalo tak mesti bising laki aku tuh. Hari ni menu ala kampung pulak. Dh lama dok negeri omputeh, hari ni kita terbang ke tanahair tercinta, takyah singgah bando, terus masuk kampung yer. Cari lembu sekor, pas tu korbankan, pegi plak kat bawah pokok buluh, amik rebung...dan terhasillah Masak Lemak Rebung campur perut. Kat tepi sungai, ada pokok bacang, nampak ada sebiji buahnyer dh masak, so amik ler.Ulam2..malas plak nk kutip pucuk ubi tepi sawah tu, takut pacat. So takde lah ulam, kita cicah ulam telunjuk jer lah..


Masak Lemak rebung wif Perut. Ni buat style nogori. Takde bawang, serai...



Sambal bacang...skang ni musim mangga dan bacang. Senang dh nk makan.


Ikan Masak Kicap, lauk untuk anak2. Tp mak bapak pun tumpang sekali ler...

Lauk Nenas, selalu nampak benda ni kat rumah orang kenduri.

Sekianlah persembahan dan cerita merapu untuk hari ni...kejap lagi cadang nk keluar, pegi salun. Bukan wat facial atau rambut, tp nk beli ubat dan jamu. Pas tu nk merayap kat Jusco plak. Lepak kat Jusco sampai petang...eh, boleh ker?





Baked Macaroni and Cheese

Breakfast pagi ni. Western lagik....itu yg senang dan anak2 pun suka. Farisya dh request untuk birthday dia nanti, suruh buat benda ni...amboiiii...demand lebih nampak!!! ala2 western party plak.... tp kalo buat ni sure habis kot, maklum lah selalu buat bihun goreng, mee goreng, karipap, donut...dh biasa dh benda tu sume, sesekali buat baked macaroni mesti best kan!!!






Nk masak apa pulak untuk tengahari ni yer??


Isnin, 25 Mei 2009

Simple Dinner For Tonight

Mood malas dh datang!!!!!!! Malas nk masak nasi malam ni. Selongkar kabinet tuh, tengok apa yang ada. Nk masak bihun ker, cekodok ker atau benda2 yg boleh mengisi perut untuk malam ni. Tetiba nampak plak tin sup cendawan cambell. Oooo...aku beli bulan lepas, masih tak guna. Kalau tersorok dalam kabinet tu, memang lambat ler guna. Kalau asyik terpampang depan mata, cepat ler dicapai.

Ha...dh dapat idea dh. Hari ni kita dinner western style lagi yer...Cepat2 keluarkan ayam dari esbox. Sementara tunggu ayam tu defrost, aku ajak Hang Jebat g Giant, beli roti perancis....

Dinner malam ni. Malas betul nk masak nasi, walopun si Irfan dh berkali2 request nasi lemak.

Roti Perancis. Lebih sedap lagi kalo sapu garlic butter, tp aku malas dh nk buat. Makan jer lah mcm tu jer..

Sup cendawan Cambell.

Ayam Goreng Radix. Sejak ada tepung serbaguna tu, senang sikit kerja.








Cekodok Pisang

Panas betul dua tiga menjak ni kan...oh hujan, oh hujan kenapa kau tak turun, macam mana aku nk turun, takde katak yg nk panggil aku.....yelah, kat umah aku ni takde sekor katak pun. Kalau kat kampung tu, berlambak jer katak yg panggil ujan...ish,ish...takleh jadi ni. Kena bela katak ker lepas ni??? ataupun ada seseorang yg sanggup panggil ujan??? (dh lama aku tak berkaraoke...kalau dulu, time aku karoeke jer time tu ler ujan...ha,ha....)

Ada lagi 3 bijik pisang yg dh nk dekat expired tu. Cepat2 aku lecek dan buat cekodok ni. Lepas la untuk minum petang ni.



Kali ni wat style mak aku plak. Letak kelapa parut. Ada la rasa lemak2. Lain2 tu macam biasa ler...


Nasi Goreng Ayam

Hari yg malas untuk memasak. Haiii...bilalah akan ada tukang masak kat rumah ni yer? teringin gak ada tukang masak, pembantu rumah dan driver...cewaahhh!!!!! tapi kan, rasanyer tak kot, sebab diorang mungkin hanya akan bertahan tak sampai 24 jam sbb tak tahan dengan kerenah aku ni. Itu belum lagi dengar suara tarzan aku yg marahkan anak-anak...he,he.....

Hidangan tengahari buat suami tercinta. Nasi Goreng Ayam. Hari2 makan nasi berlauk pun boring gak kan abang!!! Makan jer lah yer. Malam nanti kita pikir menu lain untuk diisi dalam perut tu!! Sib baiklah laki aku understanding. Tak banyak kerenah. Kalo aku tak masak, dia suruh masakkan megi jer... ish,ish,ish....mana nk cari laki mcm ni kan... (kah,kah,kah....)

Nasi Goreng Ayam dihidangkan bersama sup ayam. Ada la selera sikit nk makan. Takdelah telan nasi ngan ayam jer..

Ahad, 24 Mei 2009

Pasta

Tengahari ni memang takde mood plak nk makan nasi. Masa bangun pagi tadi dh bercadang hari ni tak mo masak nasi. Banyak kerja yg perlu di selesaikan hari Ahad ni. Antaranya ialah aktiviti menggosok baju...eeee...paling tak suka. Kan bagus kalo ada mesin menggosok baju...nanti nk mintak kat Doraemon lah..
Nk masak apa yer hari ni? Kalo buat bubur, kang ada plak manusia dalam rumah ni yg tak makan. Pikir punya pikir, makan pasta lah hari ni.

Ni baked pasta.Ada macam2 jenis pasta, spegethi pun ada. ..Lepas direbus, tuang sos prego perisa cendawan, dan kemudian taburkan cheese. Pas tu masuk ler dalam oven dan bakar selama 15 minit.....siap....boleh tabur pasli dan lada hitam sikit sblm di makan.....


Petang ni dh bercadang nk bawak budak2 tu pegi umah nenek diorang kat Cheras. Sebelum tu singgah dulu kat taman permainan kat Tasik Permaisuri. Dh lama tak pegi sejak papa diorang asyik bz dengan kerja. Mintak2 petang ni tak ujan laaaa....sian anak2 aku tuh...






Sabtu, 23 Mei 2009

Lauk Lunch Hari Ini

Baru abis memasak...cepat2 update blog ni..sbb ada 'orang' tu dh tak sabo nk tengok lauk pauk aku hari ni...he,he,he.....sapa tu yer??
Semalam pegi Giant, aku beli la terung panjang. Memang nk buat goreng, sbb hari tu ada nampak lauk terung ni kat umah Hana, Are dan Suzi. Nk harapkan laki aku yg belikan terung ni, memang dia tak beli punya. Kalo suruh beli sayur, dia akan beli kangkung, bayam dan sawi jer.


Untuk resepi klik sini yer (cilok dr umah Hana) malas nk taip panjang2. Tapi terung ni aku tak bakar, potong kecil2 dan goreng.

Ni udang goreng kunyit. Lauk untuk anak-anakku yg tak boleh makan pedas



Ni plak ikan limbat goreng berlada. Sekali tengok mcm ikan keli kan! yelah, adik beradik kelilah jugak, tp ini keli sungai, namanyer Limbat. Mana dapat? hasil pancingan kat belakang umah tu. Habis, dh aku yg bagi diorang makan roti dan nasi tiap2 hari, siap nyanyi lagi. Takkan takleh pancing kot sekor dua buat lauk.

Kalo keli yg dibeli dipasar tu, ataupun yg aku bela berjuta2 kat belakang umah tu, itu namanyer keli bunga. Perbezaan antara keli sungai (limbat) dan keli bunga? Limbat ada bintik2 putih kat bawah perutnyer, manakala keli bunga takde. Isi ikan limbat ni lebih manis dan pejal tp kalo kena sengat, cepat2 la pegi klinik, sbb sengatan limbat lebih bahaya daripada keli bunga. Limbat ni plak kecik2 jer, dan tak boleh membesar macam keli bunga. Tengoklah gambar kat atas tu, halus2 jer..kalo keli bunga ada yg besar seberat 5 kilo.
Ok...sekianlah info untuk kali ini... (bagi ceramah ikan keli plak aku ni...he,he.....)






Jumaat, 22 Mei 2009

Megi Kari

Lapo la pulak petang2 ni. Nk buat cekodok?? malas... nk keluar beli kuih kat luar? lagi lah malas... dan jalan penyelesaian yg paling mudah...ialah Megi. Lagipun dh lama tak makan megi ni.


Ni megi kari. Aku letak ler segala bagai benda yg ada kat esbox tu. Ada sawi, cili padi, tauhu, fichcake, fishball , telur dan meatball. Korang tengok telur tu..semacam jer kan..ha, tu telur kembar. Ada 2 kuning dalam 1 telur. Masa aku pecahkan telur tu, tak perasan plak telur tu kembar....alamak, ni yg leceh ni, tak dapat ler aku nk makan telur tu (sbb mak aku dh pesan, jangan makan telur kembar, nanti dapat anak kembar...) he,he,,,,boleh pakai ker kepercayaan mcm tu. Tapi aku ikut jer... ha,ha,ha.....

Farah, Kak Asma, Hana ...meh ler joint aku makan megi!! ...he,he....

Khamis, 21 Mei 2009

Masak Lada

Saja la nk post entri ni, sbb hari tu, kat umah Kak Erin ada letak resepi masak lada ni, tp lain bahan-bahan dan caranyer. Ni masak lada style utara, dan lebih sesuai dimakan oleh ibu-ibu yg dalam pantang.

Oleh kerana entri ni untuk ibu2 yg dalam pantang, maka aku buatlah ikan haruan. Tapi kalo korang nk guna ikan lain pun boleh gak. Guna ikan jenahak ker, ikan tenggiri ke memang la sedap. Sebab ada rasa manis2 ikan gitu.

Sebenarnya aku saja masak lauk ni hari ni, sbb ada stok ikan haruan dalam esbox tu. Nk buat sambal dh jemu dh, so masak ler resepi ni.

Bahan-bahan
-ikan haruan(seekor, dibersihkan dan dipotong)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-1 inci kunyit hidup* (tp kalo takde serbuk kunyit pun boleh)
-1 sudu kecil jintan manis*
-1 sudu kecil jintan putih*
-1 sudu kecil lada hitam*
(bahan-bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat dan ketepikan)
-air asam jawa secukupnyer
-1 biji bawang besar-dipotong baji
-2 ulas bawang putih-dihiris halus
-1 inci halia-diracik halus
-beberapa biji cili hijau, merah-dibelah dua (kalo untuk org dalam pantang, takpayah ler letak cili ni)
-minyak masak
-garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Kemudian, masukkan air asam jawa. Boleh tambah air untuk tambah kuah lagi.
3.Biar mendidih sebentar, kemudian masukkan ikan.
4.Letak garam dan perasa secukupnyer.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Diikuti dengan cili belah. Biar mendidih sekali lagi, barulah ditutup apinyer.
Siap!!

*kalo orang dalam pantang, tak payah guna minyak banyak sangat semasa menumis, ataupun setelah bahan tumis baik bau, ketepikan rempahnyer dan kaup keluar lebihan minyak.





Untuk mereka yg bakal menempuhi alam berpantang, bolehlah mencuba resepi ni yer, sbb masa aku dalam pantang dulu, mak aku buat lauk ni laaa.....



Coney Dog

Kalo beli sosej bun, mesti nk buat Coney Dog ni. Selain tu buat roti john. Bukan susah sangat pun. Daripada nk mengabih duit kat A&W tuh.. Baik ler buat sendiri. Dapat gak makan banyak kali (sesi mengulang oleh anak-anakku)

Resepinyer? klik sini yer Dh selalu buat dh....




Sekianlah persembahan aku untuk pagi ini....


Rabu, 20 Mei 2009

Pengat Pisang + Jagung Manis

Pisang dh masak! Pisang dh masak! yeah, yeah...seronoknyer bila pisang dh masak, boleh buat mcam2, cekodok, pengat dll. Kali ni buat pengat dulu yer..campur sikit ngan jagung manis dalam tin tu.. Hari tu ada tengok kat umah Hana..si mak yung yg rajin memasak tu...



Bahan-bahan
2biji pisang (bergantung pada saiz)
1sb sagu
1/2cwn santan(nk guna susu pun boleh)
2sb gula perang
2sb sweet corn(dlm tin)
air secukupnyer

Cara-cara
Masak sagu bersama air sehingga kejernihan.
Masukkan pisang dan biar sehingga lembut.
Masukkan santan,gula,jagung dan kacau sebati. Masak dgn api perlahan.
Sedia untuk disajikan. Selamat mencuba

Asam Pedas Daging Tetel

Selama berkahwin ngan Hang Jebat ni, aku tak pernah lagi lah buat asam pedas daging tetel ni. Makan pun tak pernah. Tapi mcam mana leh terlintas nk masak asam pedas ni pun aku tak tau. Agaknyer sbb ada lebihan daging tetel dalam esbox tu kot. Hari tu buat kari, dan kali ni nk cubalah plak buat asam pedas. Orang kata kalo pegi area Pantai Klebang, jangan lupa makan asam pedas tetel yg sedap, sambil menikmati panorama indah tepi laut tu... (indah ker? mana ada indahnyer lagi...pantai klebang skang ni dalam proses naiktaraf, tambak laut untuk dijadikan daratan..lagi panas ada laaa...)


Semalam dh bincang ngan Hang Jebat, hari ni nk buat asam pedas tetel. Dia kata ok..So pagi ni, aku bukak pc, dan cari resepinyer...jumpalah satu resepi dari Myresipi ni...

Bahan-bahan
-1/2 kg daging (rebus hingga empuk)
-10 biji cili kering*
-3 biji bwg merah/1 biji bwg besar*
-1/2 inch halia*
-1/4 inch lengkuas*
-1 batang serai*
blend@tumbuk semua bahan * di atas smpai lumat
-2 biji tomato
-Daun kesum
-Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
-Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara
Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.
Biar ia mendidih kemudian angkat.

Sedap gak asam pedas daging tetel ni yer.... lain kali boleh lah buat lagi. Tapi tak mo lah pakai tetel..kang bertambah plak lemak kat badan ni...

Kerabu Mangga II

Ha...kali ni tunjuk kerabu mangga versi mak aku plak...hari tu buat kerabu mangga cara Thailand, kali ni lain sikit. Teringat masa aku ada kg dulu, tiap kali balik kampung, mesti cari buah mangga, suruh mak aku buat kerabu ni. Dan esoknya buat kerabu taugeh plak. Aku ni memang suka makan kerabu. Nasi kerabu, dan kerabu2 yang lain...

Untuk kerabu mangga ni, lebih sedap kalo guna mempelam pauh (jenis yg masam berdengung tu...) dan hasilnyer lagi ummph...Tapi kat sini mana ler nk cari mangga jenis tuh..yg ada kat belakang umah aku ni mangga bulat biasa tu jer..ada gak diberi nama mangga epal, sbb bentuknyer macam epal..

Senang jer nk buat kerabu ni. Yg specialnyer kerabu ni guna santan. Tapi kalo tak habis makan, kena lah simpan dalam esbox, takut basi..

Bahan-bahan
-mangga muda secukupnyer-lagi masam lagi best
-santan pekat
-bawang merah-dihiris halus
-udang kering
-cili merah
-cili padi
-belacan
-garam, perasa

Cara-cara
1.Buah mangga dikupas kulitnyer dan dicincang halus. Kalo ikut cara aku, aku hiris nipis2 dan potong halus2..
2.Rendam mangga yg dipotong halus tadi dalam air bergaram. Rendam lebih kurang 15-20 minit.
3.Tapis airnyer dan perah isi mangga tadi untuk keluarkan air selebihnyer.
4.Tumbuk cili padi, cili merah, belacan dan udang kering sampai lumat
5.Dalam bekas, masukkan mangga, cili yg ditumbuk, bawang yg dihiris dan santan pekat. Gaul rata. Sesuaikan rasanyer dan bolehlah dihidang.



Senang jer kan...cubalah kalo sudi!!!

Selasa, 19 Mei 2009

Sate Kajang

Aku hanya kenal sate kajang jer sejak datang ke KL ni. Sate lain tak layan......sebabnyer? entah la..sate lain tak sedap kot ..

Kat kawasan umah aku ni, cawangan Haji Samuri yg terdekat ialah kat kawasan R&R Awan Besar (kiranya kat area Kinrara ni lah) tak yah masuk highway pun, kami redah jer ikut pagar highway tu, terus g kat kedai dia..senang citer.. (bukan menceroboh yer, memang ada laluan...)


Sesekali kita beli plak sate yer... malas ler plak nk buat...setakat makan 4 beranak, cukup ler kalo beli ni. Kami selalu beli dalam 30 cucuk jer..sate ayam ler yg jadi pilihan. Itu pun ada lebih, simpan ler dalam esbox...




Oklah, malam ni citer Cinta Untuk Ain epidos akhir...tak sabar nk tengok apa penyudahnyer! Bye Sume...Slamat Malam !!!