Rabu, 18 Mac 2009

Stimboat lagi

Malam ni mcm takde mood jer nk makan nasi. So hubby kata makan something yg bersup, dan dia cadangkan stimboat. Lepas tu terus ler pegi pasar borong, beli barang2 nyer. Balik umah rasa macam tak cukup la plak. Start motor balik, pegi Giant pulak. Ha...baru ler cukup (ni masa tengah lapo, rasa tak cukup jer sume tu)


Untuk sup, aku buat sup ayam. Tumis bawang putih bersama dengan lada sulah, kemudian, masukkan air dan tulang2 ayam (kaki, rangka, dll) Renehkan sebentar dan siap. Kalo nk guna kuah tomyam pun boleh

Tengoklah tu. Dua-dua pinggan dh sarat barat dengan pelbagai jenis bebola. Tapi kali ni cuma ada sotong merah jer. Udang+ketam takde.....

Kangkung mesti ada. Benda ni lah yg melazatkan lagi rasa sup tu, selain cendawan dan sayur2 lain

Sos pencicahnya aku beli jer yg ready made kat Giant tu. Satu bekas tu rm1.00. Sos hitam dan sos cili.


Lepas dh makan, barulah rasa benda ni banyak la pulak. Masing2 dh kekenyangan. Tak larat dh nk habiskan...so simpan ler yg selebihnya dalam fridge. Esok boleh masak dengan mee atau buat sup.... ha, itu ler..padan muka. Penamak lagik !! ha,ha,ha


2 ulasan:

  1. tula tgk gmbr pun mcm byk semacam je...klu sy blh mkn seminggu tu..ahaha

    BalasPadam
  2. yer..betullah lah tu..akak ni kena sume cukup lengkap, baru leh buat stimbot..selagi tak penuh meja, macam tak sempurna jer. tapi last2 cik abe gak yang jadi tong sampah..cian...hehehe...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡